Kerajaan masih mengkaji keperluan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang sedang dalam proses perbincangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika kerajaan membuat keputusan untuk menggubal rang undang-undang itu, ia akan lebih bersifat sebagai suatu langkah pencegahan sebelum membawa kepada penguatkuasaan Akta Hasutan 1948.
"Akta ini boleh diandaikan bertujuan memupuk masyarakat yang akan sentiasa mengutamakan perpaduan negara dan mencegah daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan solidariti nasional kita," katanya dalam jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat hari ini.
Sim ingin tahu status cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional selepas pindaan ke atas Akta Hasutan 1948 diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Di samping itu, Najib mengulangi bahawa jika pihak kerajaan membuat keputusan untuk menggubal rang undang-undang itu, ia akan menterjemahkan tindakan bagi mempromosi keharmonian nasional berasaskan empat eleman penting iaitu hormat-menghormati, tolong-menolong, kerjasama dan jaringan.
Beliau berkata sehingga kini pelbagai inisiatif telah dan masih dilakukan bagi mendapatkan input-input serta pandangan daripada pihak berkepentingan berhubung penggubalan akta itu.
Menurut perdana menteri, antara inisiatifnya ialah melalui penganjuran forum dan seminar serta Perbincangan Meja Bulat (RTD) yang dijalankan kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersama jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan profesional dan badan agama.
"Akhir sekali, kerajaan berpandangan pendekatan secara positif dan berterusan bagi mempromosi keharmonian agama dan kaum di negara ini perlu sentiasa dilaksanakan," katanya.
Pada Julai 2012, Akta Hasutan 1948 dicadang supaya dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, mengumumkan pengekalan Akta Hasutan bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara yang dikecapi selama ini dapat dipertahankan.
Bernama
Wed May 27 2015
NAJIB: Parlimen: Keperluan Rang Undang-undang Keharmonian Nasional masih dikaji - Gambar fail
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.