KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang secara sistematik penggantian pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 seperti yang digariskan dalam Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan juga telah memulakan proses penggantian dengan meluluskan perolehan baharu pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) melalui Rolling Plan 1, 2021.
"Tender terbuka antarabangsa bagi perolehan ini ditutup pada 6 Okt 2021 dan kini sedang dalam proses penilaian. Jadi proses dah berjalan dan ia berada dalam perancangan CAP55," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah mempertimbang penghentian pesawat Hawk dan status terkini perolehan baharu bagi menggantikan pesawat itu.
Menjawab soalan asal Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) mengenai pangkalan TUDM di kawasan berkepadatan tinggi serta di lokasi yang tidak lagi strategik, Hishammuddin berkata kesemua landasan terbang TUDM mengikut standard piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa yang diaudit secara berkala oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan TUDM sendiri.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas
Beliau berkata walaupun berada dalam kawasan berkepadatan tinggi, selagi ia menepati piawaian, tiada keperluan Kementerian Pertahanan (Kementah) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memindahkan dan membuat keputusan drastik berkenaan kedudukan pangkalan TUDM sedia ada.
"Tambahan pula, bagi kesemua operasi penerbangan pesawat TUDM, ia juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan piawaian keselamatan penerbangan yang amat ketat dan tahap pematuhan yang tinggi sebelum sesuatu misi penerbangan dibenar untuk dilaksanakan.
"Antaranya prosedur piawaian anak kapal seperti aspek latihan, kemahiran dan kompetensi, prosedur kejuruteraan yang merangkumi aspek penyelengaraan dan kelayakan terbang berdasarkan Standard Aviation Authority dalam negara dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pengeluar peralatan tulen (OEM)," katanya.
Hishammuddin berkata Kementah dan ATM akan berusaha untuk menambah baik SOP dan langkah keselamatan sedia ada demi memastikan keselamatan anggota dapat dipertingkatkan.
Terdahulu sebelum menjawab soalan, Hishammuddin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang TUDM Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang pada 16 Nov.
Beliau turut berharap Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam nahas itu segera sembuh selepas selamat menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahagian pinggang dan tulang belakang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Hishammuddin berkata kerajaan telah memulakan proses penggantian dengan meluluskan perolehan baharu pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) melalui Rolling Plan 1, 2021.- Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai,dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.