Parlimen merupakan pentas yang paling sesuai untuk pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) dibentang dan dibahaskan, kata Parti Amanah Negara (Amanah)
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata pendirian serta cadangan Amanah berhubung usul RUU355 akan diberikan di parlimen apabila usul ini diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi parlimen akan datang.
“AMANAH berpandangan parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Salahuddin berkata Amanah secara dasarnya bersetuju untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan telah pun mengemukakan cadangan mereka melalui usul anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi belanjawan tahun lepas.
“Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata,” katanya lagi.
Namun usul yang dibawakan oleh Dr Siti Mariah itu ditolak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1)(h).
Pada 18 Februari depan, satu himpunan besar-besaran dianjurkan oleh PAS bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Pas menyasarkan kehadiran 300,000 orang di Dataran Merdeka dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu.
Astro Awani
Mon Jan 09 2017
Salahuddin berkata Amanah secara dasarnya bersetuju untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. - Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Parlimen paling sesuai bahas Akta 355 - Amanah
Salahuddin Ayub berkata pendirian serta cadangan Amanah berhubung usul RUU355 akan diberikan di parlimen.