KUALA LUMPUR: Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM101 bilion melalui skim i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra tidak akan menjejaskan pasaran kewangan domestik berikutan kedudukannya sebagai antara pemain terbesar dalam pasaran Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS).
Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah berkata pengeluaran tersebut juga tidak memberi impak negatif ke atas pelaburan MGS.
"Malah, langkah seperti kaedah Alokasi Aset Strategik (SAA) sedang dilakukan bagi menampung segala pengeluaran yang dibuat sepanjang tempoh terbabit.
"Kerajaan juga akan terus meneliti kaedah-kaedah lain untuk memastikan Jaringan Keselamatan Sosial persaraan rakyat ini dapat kembali ke tahap yang sepatutnya," katanya pada sesi pertanyaan lisan sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) mengenai pelan strategi Kementerian Kewangan untuk menyokong jaminan keselamatan persaraan rakyat yang semakin kecil berikutan kebenaran pengeluaran pelbagai skim KWSP.
BACA: Caruman baharu pengeluar i-Sinar, i-Citra dikreditkan sepenuhnya ke Akaun 1 KWSP
Dalam kenyataan pada 31 Okt lepas, KWSP menyatakan bahawa sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahlinya atau menyamai lebih separuh daripada ahli dana persaraan itu.
Mohd Shahar berkata inisiatif lain yang diperkenalkan termasuk yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 mengenai pengeluaran baharu untuk ahli membeli produk insurans atau takaful yang dijangka memberi manfaat perlindungan diri dan keluarga pencarum.
Selain itu, KWSP juga memberi pilihan pengeluaran fleksibel pada usia 55 tahun dan 60 tahun sama ada bayaran secara sekali gus, bulanan, dividen tahunan sahaja atau mana-mana jumlah pada bila-bila masa.
"Ini bagi menggalakkan ahli memilih bayaran pengeluaran secara berkala atau bulanan yang membolehkan simpanan itu terus mendapat dividen tahunan dan bertahan lebih lama," katanya.
Beliau menjelaskan, inisiatif lain termasuk tempoh tanggungan mencarum iaitu ahli dan majikan wajib mencarum sehingga umur 75 tahun jika masih bekerja.
Bagi menggalakkan ahli terus kekal aktif bekerja dan majikan mengambil pekerja berusia 60 tahun dan ke atas, KWSP tidak mengenakan apa-apa caruman ke atas pekerja manakala majika cuma diwajibkan mencarum hanya sebanyak empat peratus.
Menurutnya, i-Saraan pula diperkenalkan bagi membolehkan golongan bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap mencarum secara sukarela dan sebagai insentif kerajaan menyumbang 15 peratus daripada caruman, tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun.
"Selain itu, KWSP turut memperkenalkan i-Suri bagi menjaga kebajikan golongan wanita khususnya suri rumah dengan matlamat simpanan untuk kegunaan hari tua selain menyediakan khidmat nasihat secara percuma berhubung perancangan dan pengurusan simpanan persaraan," katanya.
Mohd Shahar berkata, inisiatif Belanjawanku pula dilancarkan sebagai panduan perbelanjaan minimum bulanan bagi kategori dan perkhidmatan untuk isi rumah merancang perbelanjaan peribadi dan keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah berkata pengeluaran tersebut juga tidak memberi impak negatif ke atas pelaburan MGS. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: Building climate resilient communities
With the effects of climate change worsening over time, Junior Cho of Zurich Malaysia shares about building sustainable communities that are climate-resilient through the Urban Climate Resilience Programme.
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh YB Parit Buntar kepada Menteri Pendidikan.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.
Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang laporan baru HRW yang mendakwa kerajaan menindas kumpulan pelarian di pusat tahanan.
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat - YDP Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat sebaliknya rakyat perlu diberi penjelasan mengenai peranan dan fungsi sebenar institusi itu.