Hasrat menubuhkan parti baru jelas menunjukkan perjuangan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dan bekas naib ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hanya untuk tembolok sendiri.
Presiden Suara Generasi Terbilang Datuk Lokman Noor Adam berkata, mereka berdua sudahpun menyertai PPBM sebelum ini namun meninggalkan parti tersebut apabila gagal mendapat tempat atau peranan penting dalam PPBM.
"Daripada maklumat dalaman yang saya terima, Khairuddin akan bertanding di kerusi Titiwangsa, manakala Ezam pula akan bertanding menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan apabila gagal mendapatkan kerusi Shah Alam yang dia inginkan bagi melonjakkan semula popularitinya yang sudah semakin malap kini.
"Bagi saya, sebarang usaha untuk mewujudkan parti baru di kalangan pembangkang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN). Sebelum Pilihan Raya Umum 1999, kerusi Melayu ditandingi oleh Pas mewakili pembangkang. Manakala bagi kerusi kawasan Cina dan India ditandingi oleh DAP.
"Bagaimanapun, pada tahun 1999, Pas dan DAP telah mengalah dan memberikan sebahagian besar kerusi yang mereka tandingi kepada PKR. Ini kerana, PKR perlu diberikan lebih kerusi berbanding Pas dan DAP untuk membuktikan PKR mengepalai pakatan ini dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri Pakatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Ezam tubuh Parti Bebas Rasuah
BACA: Pas tawar hati, tidak mahu bersemuka dengan PPBM
Pada Jumaat, Ezam mengumumkan penubuhan sebuah parti baru yang mempunyai hanya satu objektif iaitu semata-mata untuk memerangi rasuah habis-habisan.
Jelasnya, Parti Bebas Rasuah yang ditubuhkan tidak berminat untuk membentuk kuasa seperti parti politik lain dan ia akan kekal menjadi parti kecil dan berobjektif tunggal.
Dalam pada itu tegas Lokman, keputusan Pas tidak akan bersama Pakatan Harapan pada PRU ke-14 membuktikan mereka akan bertanding di kerusi-kerusi yang pernah mereka tandingi sebelum diserahkan kepada PKR pada tahun 1999.
"Begitu juga dengan PAN, sudah pasti mereka mahu meletakkan calon dikerusi yang Pas tandingi. Persoalannya sekarang, di manakah kerusi yang bakal PPBM tandingi?
"Jika hendak serahkan separuh dari kerusi PKR kepada PPBM pun hampir mustahil akan berlaku, bagaimana mungkin PPBM mahu mendabik dada bahawa parti mereka bakal melahirkan calon Perdana Menteri?
"Kalau parti bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah 22 tahunpun belum tentu akan diberi laluan oleh PKR dan PAN, hampir pasti parti baru Ezam dan Khairuddin ini boleh kita anggap seperti 'Parti Dua Butir' yang mungkin akan bertanding di hanya dua kerusi Parlimen," jelasnya.
Tambahnya, senario paling baik yang mungkin akan dinikmati Pakatan Harapan selepas acara bertikam lidah dan ugut mengugut semasa Mesyuarat Pengagihan Kerusi, hanyalah kejayaan meletakkan satu calon dari Pakatan Harapan untuk menentang calon BN.
"Namun, mereka hampir pasti akan gagal memberikan saingan kepada BN kerana Pas kini sudah bebas untuk bertanding di mana jua tanpa terikat dengan keputusan BN mahupun Pakatan Harapan.
"Pertandingan tiga penjuru dan mungkin empat penjuru tidak mungkin dapat dielakkan. Ini akan membolehkan BN menang besar pada PRU ke-14 dan Ezam mungkin akan membuat keputusan melakukan 'pusingan U' dan kembali kepada UMNO. Persoalannya, patutkan kita membiarkan diri kita diperdaya Ezam lagi?" soalnya.
Semasa pengumuman penubuhan parti baru, Ezam juga menjelaskan parti itu juga akan memberi tumpuan kepada Kementerian Kewangan kerana, menurutnya, di situlah 'lubuk kejahatan' dan salah guna kuasa berlaku.
Astro Awani
Fri Mar 17 2017
LOKMAN: Hasrat menubuhkan parti baru jelas menunjukkan perjuangan Ezam dan Khairuddin hanya untuk tembolok sendiri. - Gambar fail
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku membabitkan Apandi Ali.
Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Khairuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.
Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi
Datuk Masri Mohd Daud, yang mengendali kes itu pada 2015, berkata pendakwaan terhadap Khairuddin juga dibuat berdasarkan keterangan lain.
Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.
Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Esok Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menerima menghadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara.
Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.