Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam kenyataannya melalui Facebook, Datuk Abdul Rahman menyifatkan pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
"Beliau (Tun Dr Mahathir) sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak menyerang BN, malah mereka yang ada bersamanya dalam sidang media hari ini terkenal sebagai individu yang sememangnya ada perbalahan peribadi dengan kepimpinan sedia ada," jelas beliau.
Katanya lagi, kehadiran gabungan politik baru ini membuktikan demokrasi yang sihat dalam negara.
"BN sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kita percaya gabungan politik baru ini hanya melemahkan pembangkang dan memperkukuh peluang BN untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahman turut menambah, BN akan terus berjuang untuk mempertahankan rekod yang telah dicapai biarpun terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum ini.
"BN akan terus mendekati rakyat untuk tidak memberikan kepercayaan kepada pakatan yang tidak sealiran untuk masa depan negara.
"Malah, ia sebagai 'perhubungan berbahaya' yang hanya berlandaskan kepada kekecewaan dan kegagalan dalam memenangi hati rakyat.
"Semoga berjaya!" tambahnya.
Astro Awani
Thu Jul 14 2016
Datuk Abdul Rahman menyifatkan pengumuman itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. - Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Parti politik baharu: Peluang untuk BN menang besar dalam PRU
Datuk Abdul Rahman Dahlan mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.