Sebuah parti politik seperti UMNO perlu sentiasa dinamik bagi memastikan ia terus relevan sepanjang masa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata UMNO tidak boleh bergantung kepada ideologinya semata-mata, sebaliknya parti itu perlu terus menerus memberi khidmat kepada rakyat.
"Pada akhirnya rakyat akan melihat bahawa UMNO adalah parti sepanjang masa, yang relevan dan satu parti yang ingin membantu rakyat dan bukan berideologi semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Singgah Santai anjuran kementeriannya di sini hari ini.
Menurut Salleh sekiranya UMNO sentiasa membantu rakyat tanpa mengira musim, rakyat akan yakin bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang boleh diharapkan untuk membela mereka.
Pada majlis berkenaan, kira-kira 700 murid sekolah rendah dari seluruh daerah menerima bantuan beg sekolah melalui program kerjasama dengan UMNO Kota Belud.
Selain beg sekolah, penganjur turut menyediakan perkhidmatan gunting rambut dan menjahit kasut murid sekolah secara percuma.
Program berkenaan antara lain bertujuan membantu golongan ibu bapa berpendapatan rendah terutama dalam menghadapi sesi persekolahan awal tahun depan.
Seorang ibu, Sameyah Junki, 32, dari Kampung Kuala Abai, berterima kasih kepada kerajaan kerana menganjurkan program seperti itu yang disifatkannya benar-benar meringankan bebannya untuk menghadapi sesi persekolahan tahun depan.
"Syukur Alhamdulillah kerana budak-budak mendapat bantuan sebelum memulakan sesi persekolah tahun depan. Memang ia dapat meringankan beban saya sebagai ibu," katanya yang datang ke program itu bersama dua orang anaknya yang masing-masing dalam Tahun 2 dan Tahun 4.
Katanya dengan bantuan berkenaan, kini dia cuma perlu memikirkan untuk menyediakan keperluan sekolah bagi dua orang lagi anaknya yang masing-masing berada dalam Tahun 6 dan Tingkatan 1.
Bernama
Sun Dec 27 2015
Menurut Salleh, sekiranya UMNO sentiasa membantu rakyat tanpa mengira musim, rakyat akan yakin bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang boleh diharapkan untuk membela mereka. - Gambar fail
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak mendakwa Tun Mahathir Mohamad bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud
Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian.
PBS kesal Salleh gelar Maximus 'gila'
Johnnybone berkata kenyataan Maximus berkenaan isu pendatang asing tanpa izin (PATI), dibuat berdasarkan fakta daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
Perkasa jentera PRU15, ketepikan perbezaan pendapat - Salleh Said Keruak
Beliau menasihatkan agar fokus utama diberikan kepada persediaan rapi dan memperkasakan jentera BN untuk berdepan PRU15.
Daftar GRS sebagai gabungan politik rasmi - Salleh
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar segera didaftar sebagai gabungan politik yang rasmi dalam usaha memperkasa ahli parti komponen dan hala tuju gabungan itu.
Aktiviti ketenteraan China-AS suatu yang membimbangkan - Salleh Said Keruak
Salleh menegaskan tindakan yang dilakukan oleh China itu merupakan satu pencabulan kedaulatan sesebuah negara.
Banjir kilat selepas hujan lebat lebih lima jam di Kota Kinabalu
Kesesakan lalu lintas juga didapati berlaku di beberapa jalan utama akibat banjir kilat itu, antaranya di Jalan Sulaman berhampiran 1Borneo Hypermall.
Program vaksinasi COVID-19 perlu dipercepat, penting untuk tarik pelaburan - Salleh
Program vaksinasi COVID-19 penting dalam memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat lebih banyak pelaburan di Sabah.
Wakil rakyat GRS perlu buat penyampaian tepat dan jelas - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia penting bukan saja untuk memberi keyakinan kepada rakyat, tetapi menjadikan seorang ahli politik itu lebih disegani dan berwibawa.