Mahkamah Persekutuan pada Khamis menolak permohonan PAS, DAP dan PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 di kesemua 222 kawasan Parlimen.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel lima hakim berkata dakwaan ketiga-tiga parti pembangkang, yang mempertikaikan tatalaku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), adalah berkaitan dengan pengendalian pilihan raya dan oleh itu termaktub di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
Artikel itu menyatakan bahawa persoalan tatalaku berkaitan pilihan raya umum hanya boleh dicabar melalui petisyen pilihan raya dan petisyen sedemikian perlu didengar oleh Mahkamah Pilihan Raya yang khusus.
Susulan keputusan itu, sebarang dakwaan mengenai salahlaku pilihan raya hendaklah difailkan melalui petisyen pilihan raya dan didengar di Mahkamah Pilihan Raya dan bukan di mahkamah sivil.
Dalam kes ini, parti-parti pembangkang telah memfailkan kes mereka melalui saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menurut panel itu yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Zainun Ali.
Dalam keputusan sebulat suara, panel menolak permohonan ketiga-tiga parti itu untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dengan tiada perintah dikeluarkan berhubung kos.
PAS, DAP dan PKR memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka untuk mengembalikan saman sivil mereka terhadap SPR.
Dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Feb tahun lepas yang membenarkan permohonan SPR untuk membatalkan saman yang difailkan oleh PAS, DAP dan PKR, ketiga-tiga parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Keputusan majoriti pada 7 Nov tahun lepas bermakna ketiga-tiga parti hendaklah meneruskan usaha melalui petisyen pilihan raya di Mahkamah Pilihan Raya.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang mengetuai panel hakim berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes pilihan raya dan permohonan bagi penarikan diri pesuruhjaya pilihan raya.
Hakim Alizatul dan Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan majoriti itu sementara Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham yang tidak memihak kepada keputusan itu berkata Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa dakwaan mengenai pelanggaran perlembagaan terhadap SPR.
PAS, DAP, PKR dan lima individu, Dzulkefly Ahmad, M. Manogaran dan Saifuddin Nasution Ismail, iaitu calon pilihan raya, dan dua pengundi, Arifin Abd Rahman dan R. Abbo, memfailkan saman pada Julai 2013 terhadap pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, timbalannya ketika itu Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan lima anggota lain SPR.
Parti-parti politik itu, antara lain, mahu pengisytiharan bahawa keputusan pilihan raya yang diumumkan oleh SPR pada pilihan raya umum ke-13 yang diadakan pada 5 Mei 2013 bagi semua 222 kerusi parlimen adalah tidak sah dan terbatal.
Mereka juga memohon penyingkiran kepimpinan SPR sekarang dan pilihan raya diadakan semula dan bagi pengisytiharan bahawa anggota SPR melakukan penipuan ke atas pengundi Malaysia dengan menyalah guna dakwat kekal untuk mengundi.
Peguam Tommy Thomas mewakili ketiga-tiga parti pembangkang itu sementara Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili SPR.
Bernama
Thu Jun 18 2015
Sebarang dakwaan mengenai salahlaku pilihan raya hendaklah difailkan melalui petisyen pilihan raya dan didengar di Mahkamah Pilihan Raya dan bukan di mahkamah sivil, sepertimana dilakukan parti-parti pembangkan itu.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
PAS, DAP, PKR gagal batalkan keputusan PRU13
Mahkamah Persekutuan pada Khamis menolak permohonan PAS, DAP dan PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 di kesemua 222 kawasan Parlimen.