PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud bercuti sementara agar siasatan yang adil dan menyeluruh dapat dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Video Global Witness mengenai penerokaan hutan di negeri itu.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar turut mendesak supaya kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam dakwaan salah urus tadbir itu harus mengambil cuti buat sementara waktu agar siasatan dapat dijalankan oleh SPRM.
Pada masa yang sama beliau turut mendesak SPRM supaya tidak melengah-lengahkan siasatan yang perlu dibuat berhubung pendedahan yang dibuat sekalipun tiada laporan dibuat mengenainya.
"Sudah seminggu Global Witness membuat pendedahan ini dibuat tetapi sehingga hari ini belum ada siasatan dijalankan.
"Sebagai sebuah kerajaan yang dimomokkan adil dan telus dalam setiap urus tadbir mereka, seharusnya tindakan ini diambil," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Global Witness yang berpangkalan di London mendakwa terdapat empat hasil siasatan melalui penyiasat persendirian yang menyamar sebagai pelabur untuk penanaman kelapa sawit di Sarawak antaranya ialah habuan kepada Taib daripada kelulusan Lesen Penanaman atau Pertanian.
Video selama 16 minit 24 saat itu mendedahkan terdapat korupsi daripada Perjanjian Tanah yang mana sebahagian ahli keluarga Taib itu diberikan tanah atas arahan Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang dipimpin oleh Taib sendiri dan mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit darinya.
Selain itu, sebuah syarikat perkongsian di antara sepupu Taib, seorang Ahli Parlimen dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan kakak ipar Perdana Menteri ditawarkan untuk jualan melalui transaksi tidak sah di Singapura yang direka untuk mengelak cukai dari Kerajaan Malaysia.
Korupsi juga berlaku dalam perkhidmatan yang ditawarkan peguam tempatan untuk membantu transaksi haram dan bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan Singapura.
"Jika proses kelulusan lesen balak boleh dimanipulasi untuk kepentingan jahat pihak yang berkepentingan sehingga akhirnya mendorong kemusnahan hutan malah sistem ekologi yang menjadi sumber makanan dan minuman kepada haiwan liar serta Orang Asal di Sarawak," katanya lagi.
Zulkefly juga berkata, jika pendedahan itu tidak benar, Taib harus membuat penafian atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Global Witness.
"Kalau Global Witness salah buat laporan, Taib seharusnya membuat penafian atau mengambil tindakan undang-undang.
"Sekarang ini beliau mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa," katanya.
Taib dalam reaksinya sebelum ini bagaimanapun menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka adalah pengantara untuk kontrak pembalakan di Sarawak.
Tegas beliau, sesiapa saja boleh mengaku jadi agen tetapi dakwaan itu tidak semestinya benar.
Dalam pada itu, Singapura menafikan tuduhan bahawa bank negara itu melindungi pengelak cukai yang dikaitkan dengan sebuah keluarga berpengaruh dari Sarawak.
Justeru beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengambil apa-apa tindakan dalam tempoh seminggu bermula hari ini, pihaknya sendiri akan membuat aduan ke institusi tersebut.
"Sebelum ini sudah ada beberapa kenyataan daripada pemimpin BN mengenai isu ini tapi SPRM tak siasat pun. Jadi kalau dalam masa seminggu ini tiada apa-apa tindakan juga, kami sendiri akan ke pejabat SPRM," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk melakukan siri jelajah untuk memberi penerangan berhubung isu ini jika tiada sebarang siasatan dibuat oleh SPRM selepas tamat tempoh seminggu yang diberikan.
Badan pemerhati anti rasuah, Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) sebelum ini turut menggesa SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut. SPRM selepas itu mengumumkan akan “bertindak sewajarnya”.
“Siasatan sedang dijalankan. Dengan adanya bukti baru, SPRM akan bertindak dengan sewajarnya,” kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali menerusi SMS yang dikirim kepada Astro AWANI.
Sementara itu, pemimpin kanan politik Sarawak, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan pendedahan rakaman sulit video oleh aktivis antarabangsa, Global Witness sebagai satu cubaan untuk mengaibkan Taib.
Irwan Muhammad Zain
Mon Mar 25 2013
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Taib sedia saman Global Witness
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedia untuk menyaman Global Witness susulan penyebaran video.
PAS desak PM arah Taib Mahmud cuti sementara
PAS desak PM arah Taib Mahmud bercuti untuk SPRM jalankan siasatan adil dan menyeluruh berhubung pendedahan Global Witness.
TI-M: Pendedahan video perlu siasatan
Badan pemerhati anti rasuah, Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berdasarkan pendedahan video Sarawak.