KOTA BHARU: PAS komited dengan pendirian bahawa penyatuan ummah adalah perkara paling penting dalam membentuk kerajaan yang kuat dan stabil, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata penyatuan Islam, Melayu, bumiputera dan seluruh rakyat negara ini amat diperlukan untuk membentuk kerajaan yang kukuh.
"Sudah tentulah dalam konteks Malaysia hari ini, kita tidak boleh lari daripada parti-parti Melayu Islam.
"Jadi parti-parti itu perlu bersatu untuk sama-sama menjalankan fungsi pentadbiran negara dengan lebih mantap.
"Dalam konteks ini juga, kita melihat PAS sendiri selepas lama berada dalam keadaan berpuluh tahun berseteru dengan UMNO.
"Tetapi demi kepentingan rakyat dan negara, pimpinan parti membuat pendirian tegas iaitu kita perlu bersatu dengan UMNO dalam konsep penyatuan ummah."
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama bekas pemain bola sepak Kelantan, di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menjelaskan penyatuan ummah bukan eksklusif kepada PAS dan UMNO sahaja.
Beliau berkata dalam piagam penyatuan ummah ada dinyatakan parti yang mempunyai cita-cita membangunkan negara khususnya dalam kalangan parti Melayu, Islam dan bumiputera boleh menyertainya walaupun ketika itu hanya PAS dan UMNO yang memulakan.
"Bila berlakunya pelbagai perkembangan baharu dan adanya parti Melayu lain, maka PAS berpendirian bahawa ia perlu dibuka juga kepada parti lain.
"Buat masa ini, Bersatu juga parti yang sama dengan PAS dan UMNO, jadi kenapa kita tidak boleh bersatu?" katanya.
Takiyuddin berkata PAS sentiasa menekankan sebab Bersatu diperlukan untuk bersama-sama PAS dan UMNO malah pada masa hadapan, sekiranya ada parti lagi yang mempunyai dasar perjuangan sama untuk kepentingan Melayu, Islam dan bumiputera untuk sama-sama menyumbang bakti, ia adalah lebih baik.
"Di Sabah dan Sarawak, mereka boleh bersatu jadi kenapa parti-parti di Semenanjung seperti PAS, UMNO dan Bersatu tidak boleh mendukung kerajaan sedia ada?
"Kerajaan yang ada sekarang ini didukung oleh lebih 10 parti politik bersama-sama di dalam kerajaan yang berfungsi dan kenapa kita tidak boleh bersama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang?
"Bagi saya, perkara ini kita akan bincang secara baik atas dasar 'kekeluargaan' dan saya percaya semuanya akan dapat diselesaikan secara baik. Bak kata pepatah 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'," katanya.
Beliau juga berkata perpaduan dalam kalangan parti adalah penting kerana jika kerajaan tidak mantap dan hanya mempunyai majoriti lebih sedikit daripada pembangkang, itu adalah kerajaan yang tidak stabil.
"Kita perlu ada kerajaan yang mempunyai majoriti stabil dan kukuh. PAS akan terus memperkasa Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
"Bila bercakap pasal MN, di situ akan ada PAS dan UMNO, apabila bercakap soal PN, di situlah ada Bersatu, PAS dan parti-parti yang lain. Bagi PAS, berada dalam dua keadaan bukanlah sesuatu yg pelik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Takiyuddin berkata penyatuan Islam, Melayu, bumiputera dan seluruh rakyat negara ini amat diperlukan untuk membentuk kerajaan yang kukuh. - BERNAMA
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.