KUALA LUMPUR: Pas ketika ini kekal dengan pendirian mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, Pas juga komited untuk bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak COVID-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ketika ini, Pas menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak COVID-19 melalui strategi PPN yang sedang digerakkan oleh kerajaan.

"Pas juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini.

“Justeru, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas berkenaan perkembangan terkini kemelut politik berlaku dalam kerajaan, Tuan Ibrahim berkata sebarang kenyaataan pendirian Pas terhadap kemelut itu hanya akan dikeluarkan oleh Presiden serta Setiausaha Agung sahaja.

[LAPOR LANGSUNG] Perdana Menteri tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong