PAS perlu mengadakan referendum atau pungutan suara di seluruh Kelantan terlebih dahulu, sebelum bercadang untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu bagi mendapatkan pandangan majoriti rakyat terlebih dahulu sama ada mereka menyokong undang-undang berkenaan atau tidak.
Ahli Parlimen Pulai yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata perkara berkenaan adalah langkah terbaik yang perlu dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan selari dengan tuntutan agama Islam yang mengkehendaki pemerintah berlaku adil kepada rakyat.
“Saya secara peribadi menolak undang-undang hudud yang hendak dilaksanakan PAS di Kelantan kerana ia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara selain ia juga adalah suatu mainan politik parti berkenaan.
“Penolakan ini, bukan bermakna saya menolak undang-undang Islam atau membelakangkang ajaran Islam mengenai hudud tetapi berpendapat bahawa pelaksanaan undang-undang hudud ciptaan PAS ini, adalah mainan politik semata-mata tanpa mengambil kira pandangan serta kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau juga bersetuju dengan pendirian Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ditetapkan Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.
Nur Jazlan berkata, UMNO sejak daripada zaman Presiden pertamanya, Tunku Abdul Rahman Putra lagi konsisten dengan pendirian bahawa undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini, disebabkan kepelbagaian budaya, agama dan kaum di negara ini.
Katanya, atas sebab itu, kumpulan ulama yang pada ketika itu menerajui Biro Agama Umno pada 1951 tidak boleh menerima pendirian parti pada zaman itu, bertindak keluar dan menubuhkan PAS semata-mata mahu terus berjuang untuk melaksanakan hudud.
Beliau berkata, PAS sejak itu, berterusan menarik sokongan orang Melayu di negara ini, dengan memutarbelitkan mengenai hudud dan menuduh Umno membelakangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
“Hakikatnya, UMNO yang berjaya menegakkan ajaran Islam negara ini, dan adakah segala dasar atau inisiatif yang dilakukan kerajaan serta parti untuk mempertahankan serta mengembangkan Islam di negara ini, tidak dikira sebagai suatu dakwah semata-mata kerana tidak melaksanakan undang-undang hudud,” katanya.
Pada masa sama katanya, rakyat juga perlu menilai sama ada pelaksanaan hudud akan membantutkan pembangunan ekonomi kerana tiada negara yang melaksanakan undang-undang berkenaan berjaya dalam ekonomi dan kebanyakan negara termasuk Arab Saudi melaksanakan hudud disebabkan kepentingan politik semata-mata.
"Walaupun, Malaysia tidak melaksanakan hudud sejak merdeka tetapi negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai tunjangnya berjaya menerima pengiktirafan dunia Islam dengan mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara Islam paling maju di dunia," katanya.
Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata, strategi PAS untuk membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada Jun ini, adalah suatu gimik politik kerana mahu membuktikan kepada penyokongnya bahawa PAS adalah rakan kongsi utama dalam pakatan pembangkang serta boleh membuatkan DAP dan PKR tunduk kepada parti itu.
Namun katanya, hakikat itu nyata tidak benar sama sekali dan ia terbukti dengan kedudukan PAS di Selangor yang walaupun mendapat jumlah kerusi lebih besar daripada PKR tetapi tetap terpaksa tunduk kepada tuntutan PKR untuk meletakkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR sebagai Menteri Besar.
Justeru katanya, jika kerajaan PAS Kelantan benar-benar mahu melaksanakan undang-undanghudud di negeri berkenaan tanpa membelakangkan rakyat, suatu pungutan suara atau referendumperlu diadakan bagi membuktikan bahawa rakyat negeri itu, majoritinya menerima pelaksanakan undang-undang berkenaan.
“Jika keputusan majoriti referendum itu menunjukkan bahawa majoriti rakyat Kelantan menerima pelaksanakaan undang-undang hudud, barulah Pas membawa rang undang-undang berkenaan ke Parlimen tetapi jika sebaliknya, mereka perlu membatalkan hasrat selari dengan kehendak serta tuntutan rakyat Kelantan sendiri,” katanya.
Astro Awani
Fri Apr 25 2014
Ahli Parlimen Pulai yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. -Gambar Fail
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Ketua pembangkang Korea Selatan desak pemecatan Yoon
Ketua pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung, menyatakan bahawa pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol adalah cara terbaik memulihkan ketenteraman negara.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
Antara matlamat perjuangan Pas adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud.
"Jangan tanya bila nak buat hudud" - Pas Kelantan
Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih 'tidak kukuh', jadi jangan ditanya bila hudud akan dilaksanakan, kata Pas Kelantan.
Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.
PBB bidas Brunei laksana hukuman hudud
PBB bidas kerajaan Brunei kerana mahu laksana undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoseksual.
Hudud: Brunei laksana hukuman rejam sampai mati April ini?
Memetik kenyataan pihak berkuasa negara itu, beberapa portal antarabangsa sejak semalam mendakwa hukuman tersebut akan mula dikuatkuasakan mulai minggu depan.
Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai
Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.
Tiada perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat
Datuk Takiyuddin Hassan bertanyakan soal masa hadapan pembentangan RUU 355 memandangkan usul itu sudah dibentangkan namun masih belum dibahaskan.
Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai senarai individu yang akan melaksanakan hukuman potong tangan yang terdiri daripada pakar bedah jika hukum hudud dilaksanakan kelak.