KUALA LUMPUR: Penggunaan pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan, My50 bagi perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang akan bermula 1 Jan depan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata My50 yang terbuka eksklusif untuk warga Malaysia menggantikan pas perjalanan tanpa had My30, yang diperkenalkan kerajaan di bawah skim Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada Jun 2020.
"Tempoh promosi untuk My30 berakhir pada 31 Dis 2021, dan ia akan diganti dengan pas perjalanan RM50 sebulan, yang diumum oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Okt lepas.
"Dengan pengenalan pas perjalanan My50 ini dan dengan perkembangan baik berterusan Pelan Pemulihan Negara (PPN), pihak kementerian dan Prasarana yakin 2022 akan menyaksikan peningkatan dalam jumlah penumpang menggunakan perkhidmatan kendalian Prasarana," katanya pada sidang media mengenai pas perjalanan tanpa had My50 itu di sini hari ini.
Beliau berkata pengenalan pas perjalanan My50 itu adalah bukti kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam keadaan mencabar sekarang selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
Ka Siong berkata secara keseluruhan untuk 2021, berdasarkan data hingga 24 Dis, purata jumlah penumpang harian yang dikendalikan Prasarana adalah 462,246 orang.
"Sebelum penularan wabak COVID-19, Prasarana pernah mengendalikan hingga 1.1 juta penumpang sehari pada 2019.
"Dengan keupayaan dan kapisiti yang dimiliknya, Prasarana mampu meningkatkan frekuensi tren dan bas kendaliannya andainya permintaan meningkat, sambil memastikan penumpang terus menikmati perjalanan yang selesa, lancar dan selamat," katanya.
Ka Siong berkata bagi menjayakan inisiatif pas perjalanan itu, kerajaan memperuntukkan RM115 juta bagi pembayaran subsidi untuk menampung kos yang perlu ditanggung Prasarana dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia.
"Biasanya untuk pas bulanan, nilainya adalah RM200. Apabila kita beri satu pas perjalanan tanpa had dengan subsidi, bermaksud RM50 rakyat bayar, RM150 akan dibayar kerajaan," katanya.
Menurut Ka Siong, kemudahan pas perjalanan My50 turut disediakan di Pulau Pinang untuk penggunaan tanpa had perkhidmatan bas Rapid Penang di bawah label Pas Mutiara.
Katanya walaupun pas perjalanan My30 berakhir pada 31 Dis ini, pengguna yang membeli pas perjalanan berkenaan dan Pas Mutiara sebelum ini boleh terus menikmati kemudahan itu hingga 30 Jan 2022 sebelum beralih kepada pas My50.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
My50 yang terbuka eksklusif untuk warga Malaysia menggantikan pas perjalanan tanpa had My30. - Foto BERNAMA
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Orang ramai alu-alukan penerusan pas My50, perjalanan lebih mudah, jimat masa
Orang ramai menyambut baik langkah kerajaan meneruskan inisiatif pas perjalanan bulanan My50 untuk kegunaan perkhidmatan rel dan bas Prasarana Malaysia Berhad di Lembah Klang.
My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan inisiatif berkenaan adalah bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
Pas perjalanan My50 ganti My30 bermula 1 Jan 2022 - Ka Siong
Penggunaan pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan, My50 bagi perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang akan bermula 1 Jan depan.
Pengguna My100, My50 boleh perbaharui pas perjalanan mulai 4 hingga 31 Mei
Urusan pembaharuan itu boleh dilakukan di semua kaunter khidmat pelanggan stesen sistem LRT, MRT, monorel, BRT dan di hab bas yang terpilih.
Sistem 'cashless' mampu bendung gejala rasuah - Tun M
Sistem cashless berupaya menghalang aktiviti menyogok dan sebagainya kerana aktiviti transaksi melalui platform digital itu direkodkan.
Rakyat jimat RM1,200 setahun dengan pas tanpa had Prasarana - Tun Mahathir
Penggunaan pas itu dapat mengurangkan kos perjalanan ke tempat kerja atau ke sekolah, sekali gus membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup.
Pas tanpa had MyRapidKL bantu kurangkan kos hidup rakyat - Tun Mahathir
Bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan mereka, malah masa perjalanan ke tempat tujuan seperti pejabat dan sekolah.