Pas tidak akan lemah kerana krisis parti atau kerana tidak lagi bersama parti pembangkang lain yang membentuk Pakatan Harapan, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata walaupun Pas ada jatuh bangunnya, anggota parti itu tetap setia dengan parti dan jentera akar umbinya juga tetap kuat.
"Seperti sekarang, apabila Pas berpecah dan Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan, adakah Pas lemah? Saya tidak nampak begitu," kata Salleh menerusi catatan terbaru di laman blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Baru-baru ini, wujud usaha daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan rundingan tidak rasmi dengan Pas bagi mengelakkan pertembungan pada pilihan raya umum ke-14 sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sekutu Pakatan Harapan, terutamanya Amanah.
Tindakan Mohamed Azmin, yang dilakukan atas saranan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Pas dan juga pendirian Pas, melalui pimpinan tertingginya yang menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang itu.
Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata melihat kepada rekod Pas, perjuangan Pas akan terus kekal walaupun berlaku perpecahan dalam parti dan pemimpinnya silih berganti.
Katanya ini kerana wujud pemahaman dalam kalangan anggotanya dan rakyat yang menyokong Pas bahawa ia bukan hanya sebagai parti politik tetapi juga sebagai perjuangan menegakkan agama.
Menurut Salleh, kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan penyelidikan kerajaan negeri Selangor, bahawa Amanah hanya mendapat satu peratus sokongan daripada rakyat manakala Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyatakan sokongan kepada Amanah menurun kepada 0.5 peratus.
Beliau berkata sebabnya ini berlaku adalah kerana rakyat bosan dengan sikap Amanah yang tidak konsisten.
"Jika begitulah senarionya, bagaimana Pas setelah ini? Apakah Pas akan berkubur setelah tidak lagi bersama PH?
"Melihat kembali kepada kata-kata Clive Kessler (melalui buku politik dan masyarakat Kelantan bertajuk Islam and Politics in a Malay State: Kelantan, 1838-1969), Pas adalah parti 'akal' yang akan terus kekal biarpun pemimpinnya bertukar ganti. Seperti kata Kessler lagi, yang tewas ialah 'nafsu.' Saya semacam tertarik dengan kata-kata ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Perjuangan Pas akan terus kekal walaupun berlaku perpecahan dalam parti dan pemimpinnya silih berganti. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.