ALOR SETAR: Pas sama sekali tidak pernah lupa tentang Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355.
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas dalam kerajaan mempergiat usaha menyediakan draf RUU 355 bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.
Ahmad Fadhli memberitahu, pelbagai sudut telah dilihat khususnya aspek perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 lebih komprehensif, seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa tersebut.
“Kita juga dalam usaha untuk memperkasa dan memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah setanding dengan Mahkamah Sivil.
“Aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah meliputi pelbagai aspek yang penting seperti meningkatkan tahap kompetensi hakim syarie, pendakwa syarie dan pegawai penguat kuasa agama," katanya ketika Ucaptama Ketua Pemuda Pas di Muktamar Tahunan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-63 bertema ‘Pemuda Generasi Sejahtera’ di sebuah hotel di sini pada Rabu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ia juga termasuk penambahbaikan aspek tadbir urus dan prasarana Mahkamah Syariah, penggubalan dan pindaan undang-undang syariah sedia ada dan penyeragaman serta penyelarasan undang-undang syariah.
Menurut beliau, antara langkah yang telah diambil untuk memperkasa dan menaik taraf Mahkamah Syariah supaya sesuai dengan perkembangan semasa ialah dengan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji dan menggubal Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2022.
Ahmad Fadhli menegaskan, Pas bukan sekadar beretorik tentang Islam.
"Apabila diamanahkan dengan kepimpinan, keindahan dan kesyumulan Islam akan diterjemahkan dalam pemerintahan dan urusan negara. Inilah komitmen dan usaha yang ditunjukkan oleh Pas.
“Alhamdulillah kesannya, rakyat semakin yakin dengan kemampuan Pas dalam tadbir urus serta kepimpinan berkualiti yang ditonjolkan oleh kepimpinan Pas dan ahlinya,” katanya.
Tambah beliau, kewibawaan, kemampuan urus tadbir cemerlang dan integriti tinggi ditunjukkan di negeri-negeri ditadbir serta di kementerian-kementerian diamanahkan memberikan suatu ‘vibe’ sangat positif kepada rakyat Malaysia.
“Kita telah membuktikan walau hanya separuh penggal Pas dalam kerajaan, pencapaian urus tadbir yang ditunjukkan adalah ‘commendable’ dan membanggakan. Alhamdulillah. Pas mampu memimpin!” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 01 2022
Ahmad Fadhli berucap di Muktamar Tahunan Pemuda Pas Malaysia kali ke-63 bertema Pemuda Generasi Sejahtera di sebuah hotel di Alor Setar, semalam. - Foto Facebook Pemuda Pas Malaysia
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.
85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.
Maria Chin dapat kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Syariah
Hakim juga juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah.
Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim
Hakim berkata mahkamah syariah tidak salah dan tidak bertindak ultra virus dalam memutuskan permohonan wanita itu.
Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah
Ketua jabatan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji yang diputuskan Mahkamah Syariah.