PAS akan terus beristiqamah menegakkan syiar Islam di negara ini meskipun ada sebilangan pimpinannya meninggalkan parti itu dan memilih haluan berbeza bersama parti pembangkang yang lain, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sambil menyindir bekas pemimpin berkenaan berkata PAS sesekali tidak akan tunduk dengan tekanan atau tanggungjawab yang ditinggalkan pemimpin tersebut kerana yakin sokongan yang diberikan rakyat cukup untuk membantu PAS dalam perjuangannya.
"Meskipun ada yang melompat, menyeleweng, melarikan diri (masuk parti lain) PAS tidak berganjak kerana rakyat bersama PAS, biarlah mereka yang meninggalkan PAS, terjun dengan labu-labunya.
"PAS makin lama makin berkembang, makin hari makin ramai pengikutnya seperti yang kita saksikan hari ini. Kalah menang pilihan raya tidak menjadi ukuran, apa yang penting PAS terus segar dalam perjuangannya," katanya semasa berucap menutup FASTAQIM 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini yang dihadiri lebih 200,000 penyokong parti itu, malam tadi.
Turut hadir, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan saf pimpinan PAS yang lain.
Abdul Hadi pada majlis tersebut turut melancarkan Sukarelawan Amal yang terdiri daripada kalangan belia bukan Islam.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata PAS bukan sebuah parti yang mencipta kejayaan dalam politik bersandarkan kepada pilihan raya semata-mata kerana perjuangan PAS adalah berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan parti.
"PAS tidak akan berganjak dan akan terus istiqamah dalam perjuangan mempertahankan Islam walau dihujani cabaran-cabaran yang banyak. Ada desakan yang meminta PAS tidak lagi menggunakan perkataan Islam pada nama parti.
"Namun kita tidak menurut cadangan itu dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta Majlis Raja-Raja juga membenarkan PAS mengekalkan nama Islam di parti. Tetapi dengan syarat jangan disalahgunakan," katanya.
PAS juga tidak sesekali mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya dengan cara kekerasan kerana percaya kemenangan dalam pilihan raya mestilah melalui proses demokrasi, katanya.
"Kita percaya sebuah kemenangan mesti dicapai dengan damai, ikut saluran demokratik walaupun kita berdepan dengan masyarakat majmuk dan mempunyai pelbagai pandangan, kerana jika tidak memilih demokrasi, akan menjadi pertembungan rakyat sesama sendiri dan boleh merosakkan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2017
Abdul Hadi melihat ikrar FASTAQIM 2.0 sebelum diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS Pusat sewaktu pelancaran jentera pilihan raya PAS Dewan-Dewan malam tadi. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. -- fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).