Pas tidak terkesan dengan keputusan Pakatan Harapan terutama DAP bersepakat mengguna simbol PKR untuk bertanding pada PRU14 kali ini.

Bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perkara itu merupakan taktik DAP yang mahu berselindung dan mengelirukan pengundi terutama pengundi Melayu.

Tegasnya apa yang perlu ditekankan ialah pengundi perlu tahu ia sekadar taktik pembangkang mahu melindungi DAP dan mengaburi masyarakat Melayu.

"Saya rasa tak ada kesan apa-apa keran kita ada akar umbi kita dan logo-logo ini diketahui oleh umum tak jadi masalah.

"Cuma pandangan saya barangkali DAP ada tujuan dia untuk menarik pengundi-pengundi Melayu," jelas Abdul Hadi.

Hadi ditemui media ketika majlis Amanat Pilihanraya di Padang Awam Chenderawasih, Kuantan pada Selasa malam

Pengumuman penggunaan logo PKR itu dibuat Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Harapan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Baca: Sah! Kesemua parti dalam Pakatan Harapan guna logo PKR