KUANTAN:Polis menahan sepasang kekasih remaja yang melakukan penipuan dalam urusan pembelian barang kemas secara dalam talian dengan memalsukan slip transaksi pemindahan wang hingga menyebabkan sebuah koperasi perniagaan emas kerugian RM98,921.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek lelaki berusia 18 tahun ditahan pada jam 11.45 malam tadi di sebuah rumah di Dungun, Terengganu yang seterusnya membawa kepada penahanan pasangannya, suspek wanita, 19, di rumah lain di daerah sama.
"Suspek lelaki dipercayai mengedit slip transaksi bank dengan menggunakan aplikasi PDF sebelum menghantarnya (melalui WhatsApp) kepada ejen koperasi yang menguruskan penjualan barang kemas itu kononnya sebagai bukti telah membuat bayaran.
"Suspek wanita pula difahamkan berperanan sebagai penerima kepada barangan kemas itu yang dihantar menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata suspek lelaki juga dipercayai menggunakan salinan kad pengenalan beberapa wanita semasa berurusan dengan ejen berkenaan, yang diperoleh daripada simpanan bapanya yang merupakan ejen syarikat pelaburan, tanpa pengetahuan lelaki berkenaan.
Suspek dipercayai melakukan penipuan itu antara 30 Okt hingga 11 Nov sebelum kegiatannya disedari bendahari koperasi tersebut semasa membuat semakan akaun di bank pada 16 Nov lepas dan mendapati tiada wang bayaran dikreditkan.
Selain Pahang, suspek juga dipercayai melakukan penipuan serupa melibatkan kedai emas di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Jitra, Kedah.
"Kita juga percaya suspek lelaki pernah menyewa kereta untuk ke Kuantan bagi mengambil barang kemas daripada ejen koperasi itu dengan menyamar sebagai wanita bertudung dan memakai pelitup muka bagi menyembunyikan identitinya," katanya.
Resit sewaan kereta itu antara barangan yang dirampas di rumah suspek lelaki di Kemaman, Terengganu bersama 13 resit pembelian barangan kemas, slip transaksi pemindahan wang dalam talian (tujuh keping), seunit penimbang emas, sebuah komputer riba dan pencetak, empat telefon pintar serta wang tunai RM1,150.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 22 2020
Suspek dipercayai melakukan penipuan itu antara 30 Okt hingga 11 Nov sebelum kegiatannya disedari bendahari koperasi tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat curi barang kemas
Polis menahan dua lelaki berusia antara 26 hingga 38 tahun kerana disyaki mencuri barang kemas milik seorang wanita di Mesra Villa, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra, di sini minggu lepas.
Tiga rakan didakwa larikan barang kemas RM1.4 juta
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Rabu atas tuduhan melakukan rompakan barang kemas, menyebabkan kerugian RM1.4 juta, tiga minggu lalu.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Polis siasat kes samun barang kemas RM1.4 juta tular
Polis sedang menyiasat kejadian samun barang kemas dalam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kedai emas di Kuala Kangsar, melibatkan kerugian kira-kira RM1.4 juta yang tular.
Global Royalty mohon kes barang kemas Rosmah diputuskan tanpa bicara
Global Royalty Trading SAL memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya kes tuntutan 43 barang kemas bernilai RM67.5 juta membabitkan Rosmah diputuskan melalui penghakiman terus.
Suspek samun butik kecantikan, larikan wang tunai, barang kemas RM7,000 diburu
Dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, suspek melarikan wang tunai dan barang kemas milik penjaga premis yang bernilai RM7,000.
Syarikat barang kemas Lubnan saman semula Rosmah RM67.5 juta
Datin Seri Rosmah Mansor disaman lagi oleh Global Royalty Trading SAL dari Beirut, Lubnan untuk mendapatkan semula 43 barang kemas bernilai RM67.5 juta.
OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas
Mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.
Amah curi barang kemas majikan diberkas
Suspek wanita telah direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan.