Tindakan dua bekas menteri dari Sarawak, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Datuk Sylvester Entri Muran, yang menyertai Pakatan Harapan (PH), membentuk titik penting dalam landskap politik negeri itu ketika ini.
Menurut penganalisis politik Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, langkah itu diyakini boleh membawa perubahan kepada momentum dan pola politik Sarawak.
"Dijangka akan ada lagi ahli Parlimen di Sarawak yang akan menyertai PH," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah diambil Joseph dan Sylvester, serta Larry Sng Wei Shien, Jugah Muyang, Robert Lingga Mangge dan H. Khoo, yang menyertai PKR pada Sabtu.
"Penyertaan individu-individu ini menguatkan lagi kedudukan PKR dan PH di Sarawak," tambahnya.
Bagaimanapun, kata Awang Azman, dalam konteks PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak, senario ini dijangka membentuk identiti bebas yang akan keluar dari BN.
"Ini selaras dengan inspirasi Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia, yang mempunyai entiti berasingan.
"Pendekatannya ialah Kerajaan Baru yang mesra PH, seperti di Sabah, yang berteraskan parti tempatan," katanya lagi.
BACA: Enam pemimpin politik Sarawak sertai PKR
BACA: BN Sarawak menyepi selepas PRU14 - Prof Awang Azman
Jika pendekatan sebegini tidak diambil, katanya, kedudukan BN Sarawak akan terancam pada pilihan raya negeri Sarawak 2021.
"PH di Putrajaya pasti menggempurkan kubu BN Sarawak habis-habisan. Dalam manifestonya, PH sebelum ini mahu memusatkan kuasa kerajaan Sabah dan Sarawak jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Ini mengukuhkan lagi pandangan yang Sabah dan Sarawak akan diberikan autonomi dan dijadikan negeri mesra Kerajaan Baru. Putrajaya tak akan campur tangan hal ehwal Sabah dan Sarawak," kata Awang Azman.
Malissa Sahari
Sun May 13 2018
Pemimpin politik Sarawak yang menyertai PKR pada Sabtu turut melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras. Foto Awang Azman
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
'PM perlu bertindak segera tangani kes rasuah'
Prof Madya Dr Awang Azman berkata, sekiranya Anwar tidak segera bertindak, rakyat akan beranggapan ia hanya retorik politik.
Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak
Usul membuat satu Perjanjian Malaysia baharu dilihat boleh membuka peluang dan ruang bagi Sarawak menuntut serta menambah baik hak-hak negeri itu.
Pas Kelantan dijangka berdepan cabaran getir PRU akan datang
Minat rakyat kini lebih terarah kepada isu-isu semasa yang berlaku di Kelantan seperti masalah bekalan air.
PRN Sarawak: Calon sering turun padang ada kelebihan - Penganalisis
Prof Awang Azman Awang Pawi menjelaskan keadaan ini dapat dilihat dari dapatan kajian yang dibuat pihaknya sebelum penamaan calon baru-baru ini.
PRN Sarawak: GPS mungkin menang besar namun... - Penganalisis
GPS perlu memastikan penyokong mereka turun mengundi beramai-ramai, dan tidak terperangkap dengan keyakinan GPS pasti menang
Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti - Penganalisis
Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM membuka lebaran baharu kemelut politik negara, ketika belum ada mana-mana pihak yang dilihat mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
PRN Sabah: Parti kecil boleh tentukan kemenangan PN, Warisan - Penganalisis
Kemenangan parti-parti kecil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah boleh menentukan nasib dan masa depan Perikatan Nasional (PN) atau Warisan untuk memerintah negeri itu.
Henti memperlekeh peranan wanita dalam Dewan Rakyat - Aktivis
Ia sentiasa menjadi cabaran untuk perwakilan wanita di negara ini, melainkan agenda memartabatkan wanita terus diperjuangkan semua pihak
Satu majlis PN perlu segera diwujudkan - Penganalisis
Majlis ini dilihat penting dalam soal menentukan hala tuju politik, terutama mengambil kira parti yang membentuk kerajaan ini masih 'baharu' sebagai satu gabungan.
Profesional, teknorat harus diberi peluang dalam kabinet baharu
Dr Muhammad Fathi Yusof berkata golongan berkenaan yang tidak mempunyai ikatan secara langsung dengan parti politik boleh dilantik sebagai senator sebelum diangkat menjadi menteri.