Pasca PRU15: Anwar kembali ke pejabat selepas menghadap Agong
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali di pejabatnya di Jalan Gasing pada jam 6.15 petang selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Nickyson Nyambar
Tue Nov 22 2022
Anwar yang menaiki kenderaan BMW berwarna hitam itu sempat melambai namun tidak mengeluarkan kenyataan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali di pejabatnya di Jalan Gasing pada jam 6.15 petang selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang menaiki kenderaan BMW berwarna hitam itu sempat melambai namun tidak mengeluarkan kenyataan.
Setakat ini, para pengamal media yang telah berkumpul di hadapan pejabatnya sejak pagi, tidak mendapat makluman sekiranya ada sidang media dilangsungkan di sini.
Bagaimanapun, pemimpin PH yang berada di pejabatnya masih belum meninggalkan lokasi ini.