PUTRAJAYA: Orang ramai yang terkesan banjir diminta mengurus dan membuang sampah domestik masing-masing dengan sempurna bagi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada kencing tikus.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata orang ramai juga perlu membuang sampah dengan lebih kerap supaya sampah tidak hanyut dibawa arus apabila banjir berulang.
"Ini kerana orang ramai perlu bersiap siaga untuk menghadapi gelombang banjir kedua dan apabila bencana itu berlaku, ia akan menjejaskan sampah-sampah yang disimpan di dalam rumah serta munculnya penyakit lain berkaitan banjir," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Selain itu, Mohammad Hamdan juga meminta orang ramai supaya menyediakan keperluan penting sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
"Jika terpaksa berpindah ke PPS, orang ramai diminta segera mengambil peralatan dan dokumen-dokumen penting seperti barang kemas, sijil nikah dan sebagainya atau mewujudkan satu pusat penyimpanan dokumen supaya senang untuk ambil dan meninggalkan rumah dalam keadaan selamat serta dikunci.
"Jika mereka enggan berpindah, mereka diminta menyediakan peralatan asas dan bekalan makanan yang mencukupi," katanya dengan menambah orang ramai dinasihat segera ke tempat selamat jika paras air semakin meningkat.
Katanya orang ramai juga boleh menghubungi talian MERS 999, balai polis atau balai bomba berhampiran untuk melaporkan situasi banjir yang berlaku di sekeliling mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
Orang ramai yang terkesan banjir diminta mengurus dan membuang sampah domestik masing-masing dengan sempurna bagi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada kencing tikus. - Gambar fail/BERNAMA
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Gema hari ketiga isu kelestarian dan kemampanan alam
Wartawan Astro AWANI membawakan lintas langsung Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) hari ketiga di mana ia terus menumpukan kepada soal isu kelestarian dan kemampanan alam demi generasi akan datang.
Mendiang Joseph Kurup sering ingatkan pemimpin tidak sombong
Seorang individu yang diberi mandat sebagai pemimpin seharusnya bersedia memikul amanah dengan baik serta tidak sombong dengan jawatan dipegang.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Tarif air domestik di Perak naik 5 sen mulai 1 Mei
Tarif baharu air bagi kategori domestik di Perak akan dinaikkan pada kadar 5 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Mei ini. Penetapan itu yang pertama selepas 18 tahun, jauh lebih rendah berbanding kadar purata 22 sen yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini.
Pascabanjir: Buang sampah domestik, elak kencing tikus - Bomba
Orang ramai yang terkesan banjir diminta mengurus dan membuang sampah domestik masing-masing dengan sempurna bagi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada kencing tikus.