Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) perlu membuat permohonan pendaftaran baharu sebagai pertubuhan politik sebelum ia boleh bergerak secara sah, selaras dengan Akta Pertubuhan 1966.
Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Mohammad Razin Abdullah berkata persatuan itu telah berdaftar dengan JPPM di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) pada 11 Ogos 2014.
"Namun sekiranya ia berhasrat, mempunyai niat atau untuk menyertai dalam aktiviti politik atau mahu mencapai apa-apa matlamat untuk melibatkan penyertaannya atau calonnya dalam pemilihan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan, pertubuhan itu hendaklah membuat permohonan pendaftaran baharu," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, sehingga kini JPPM tidak menerima apa-apa permohonan pendaftaran baharu daripada pertubuhan tersebut untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah.
Persatuan itu sebaliknya hanya didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat menjalankan aktiviti dan program kebajikan kemasyarakatan serta kerja-kerja amal dan bukannya sebagai sebuah pertubuhan politik, katanya.
Penjelasan Mohammad Razin dibuat untuk menjelaskan laporan akhbar bahawa persatuan berkenaan disebut-sebut bakal membentuk 'PAS Baharu' dan akan melancarkan badan perhubungan negeri yang pertama di Pahang.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin-pemimpin parti berkenaan yang merasakan sudah tidak sependapat dengan PAS boleh keluar parti dan menubuhkan parti baru.
"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh.
"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," katanya dalam satu sesi dialog dan penjelasan isu semasa di Marang awal minggu ini.
Abdul Hadi juga menjelaskan beliau tidak mengetahui adanya penubuhan parti baru oleh beberapa pimpinan PAS seperti yang tersebar di beberapa media sebelum ini.
Pada malam Selasa, PASMA mengajurkan forum pertama mereka yang menyaksikan hadirin meluahkan kemarahan terhadap parti Islam itu dan presidennya berhubung peranan mereka dalam krisis menteri besar Selangor.
Lapor The Malaysian Insider, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari bertindak sebagai ahli panel forum.
AJK PAS Pusat itu turut berkata, ketaatan kepada pemimpin bukanlah bersifat mutlak kerana kepatuhan sepenuhnya hanya diberikan kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.
Astro Awani
Wed Sep 10 2014
ABDUL HADI: Tidak mengetahui adanya penubuhan parti baru oleh beberapa pimpinan PAS. -Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan
Fahmi memandang serius insiden gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita yang sedang bertugas bagi liputan kempen PRK DUN Sungai Bakap.
10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Kesepuluh-sepuluh parti ini bersama-sama memperoleh 70 peratus undi dalam pilihan raya 2024.
Pentas kempen parti politik runtuh, sembilan maut
Sembilan orang maut selepas sebuah pentas dalam acara kempen untuk parti politik runtuh pada petang Rabu di negeri Nuevo Leon di utara Mexico.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar
Bung Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji
Katanya, tiba masanya rakyat Sabah bersatu dalam satu wadah tempatan dan mengelakkan perpecahan bagi menjaga kepentingan negeri dan rakyat.
STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.