PARIS: Pasport vaksin COVID-19 akan mula dilaksanakan pertengahan Jun ini di blok Eropah.

Sijil berkenaan akan tersedia sebaik sahaja semua penduduk Kesatuan Eropah (EU) menerima suntikan vaksin mereka.

Menurut Pesuruhjaya Eropah untuk Pasaran Domestik, pasport vaksin akan menyenaraikan nama individu, tarikh lahir dan butiran sama ada mereka sudah divaksin atau sebaliknya.

“Kami berpendapat adalah penting sebaik sahaja semua penduduk Eropah yang mahu divaksin mempunyai akses kepada vaksin dan ini akan berlaku dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi.

“Tanpa diskriminasi, ia adalah baik.

"Saya boleh katakan, mekanisme ini adalah sijil untuk membuktikan keadaan kesihatan anda,” jelasnya.

Pasport vaksin ini bagaimanapun atas pilihan individu.

Pesuruhjaya juga mengesahkan blok itu akan mengedarkan 420 juta dos vaksin kepada negara anggota menjelang 15 Julai.



Vaksin COVID-19 | Pasport vaksin EU sedia menjelang Jun