“AIR Force team, over to you!”
Barulah akhirnya pegawai-pegawai kawalan trafik udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Langkawi dapat berganjak dari panel kawalan.
Ia diserahkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang akan berkomunikasi dengan juruterbang semasa pertunjukan udara acara termasyhur Asia Tenggara, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang memasuki edisi ke-15nya.
Tetapi mereka bukan berehat, jauh sekali turun melepak sebentar di kedai kopi. Pasukan TUDM yang digelar Raven ini tidak boleh menjalankan kerja mereka tanpa bersama pasukan CAAM di dalam bilik kawalan trafik udaranya.
“Di sinilah di mana aksinya bermula.
“Tiada siapa yang bergerak tanpa pengetahuan kami. Tiada siapa yang bergerak tanpa kebenaran kami,” tegas Pengurus Kawalan Trafik Udara CAAM Langkawi, Wan Muhaimin Wan Jamil.
Bukan angkuh, tetapi di wajah tenangnya menampakkan keseriusan memikul amanah untuk memastikan kelancaran dan keselamatan ruang udara Langkawi.
Walaupun panel kawalan dijaga seketika oleh pasukan TUDM yang berpengalaman, Wan Muhaimin langsung tidak duduk walau sedetik untuk memastikan semuanya okay.
Tiada siapa yang menyedari peluh yang mengalir di dahi dalam bilik berhawa dingin itu, di sebalik pekikan enjin jet aset-aset udara yang gah membelah langit memukau pandangan mata khalayak yang menyaksikan.
Kerana pada setiap dua tahun penganjuran LIMA, merekalah sebenarnya manusia yang paling sibuk di dunia.
“Paling kritikal adalah ketika sebelum dan selepas pertunjukan kerana waktu itu ruang udara ditutup. Pada ketika penerbangan berjadual bertambah.
“Kalau hari-hari biasa kita kendalikan lebih kurang 100 pergerakan, ketika LIMA kita perlu uruskan sekitar 300 pergerakan sehari,” katanya yang mengepalai pasukan kawalan trafik udara pulau legenda itu.
Dalam kepadatan jadual penerbangan komersial, mereka perlu memastikan tiada daripadanya yang berlegar dalam lingkungan 30 batu nautika sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertunjukan udara LIMA dimulakan.
Selepas pertunjukan pula, mereka perlu pantas dan cekap mendaratkan deretan penerbangan yang sudah berlegar di sekitar ruang udara Langkawi juga melepaskan penerbangan yang sudah beratur menanti giliran.
Menjadikan tugas mereka lebih mencabar, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mempunyai hanya satu landasan dan pelepasan serta pendaratan berlaku di satu arah sahaja, memandangkan lokasi lapangan terbang diapit oleh bukit bukau dan gunung.
“Jadi kami perlu menguruskannya peringkat demi peringkat, wave by wave. Tiada pilihan.
“Penerbangan berjadual semakin bertambah. Daripada 15 ‘bay’ yang ada, hanya tujuh daripadanya untuk parkir pesawat komersial dan selebihnya dijadikan ruang pertunjukan statik.
“Thrillnya adalah apabila kami tidak boleh mendaratkan pesawat selagi tiada bay yang kosong’,” ceritanya.
Kalau ruang udara lambat ditutup, ia akan menunda masa pertunjukan yang seterusnya mendatangkan kelewatan kepada pembukaan semula ruang udara, menyebabkan lebih banyak penerbangan yang akan tertunda waktu ketibaannya.
Bagaimanapun ia bukanlah satu masalah apabila mereka sudah mempunyai formula terbaik yang diolah pengalaman untuk memastikan segalanya berada dalam kawalan dan tidak lari jauh dari rancangannya.
“Apabila kita berurusan dengan mesin pengangkutan terpantas di planet ini, ia berkenaan dengan masa dan ketepatan.
“Jadi anda juga kena ada ‘attitude’ yang sama,” jelasnya.
Wan Muhaimin menjadi jurukawal trafik udara sejak tahun 1980 bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Selangor sebelum dipindahkan ke kampung halamannya, Alor Setar.
Apabila lapangan terbang dibuka di Langkawi pada 1985, dia ditugaskan tiga kali seminggu untuk menguruskan pergerakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) secara berjadual.
Penglibatannya dalam LIMA adalah sejak pengenalannya pada 1991. Sepanjang 15 edisi, Wan Muhaimin melihat perubahan yang amat ketara dan positif yang ditampilkan pada setiap penganjuran.
Begitu jugalah cabaran yang dihadapi pasukan kawalan trafik udara berdepan dengan perkembangan teknologi penerbangan yang semaki hari semakin canggih.
“CAAM mempunyai pasukan kawalan trafik udara yang memang amat terlatih dan sangat berkemahiran di mana standard kami adalah antara yang terbaik di rantau ini.
“Untuk berdepan dengan cabaran industri penerbangan, kami adalah kelompok manusia yang berupaya menanganinya.”
Bagaimanapun LIMA 2019 menjadi yang terakhir untuk Wan Muhaimin yang akan bersara 31 Mac ini, betul-betul selepas tamatnya acara itu.
39 tahun menggalas tanggungjawab mengawal ruang udara, karier itu telah membentuk hidupnya sebagai seorang manusia yang sistematik dan menitik beratkan soal ketepatan.
“Sebenarnya setiap hari anda pergi kerja dan pulang dengan perasaan yang hebat apabila anda berjaya mendaratkan pesawat-pesawat dengan efisyen.
“Kerana dalam perkhidmatan udara ini tiada satu hari yang sama. Hari ini hujan, esok cuaca baik, jadi ceritanya akan sentiasa berbeza.”
Dia berbangga dapat berkhidmat kepada negara dalam peranan yang cukup besar dalam menghubungkan dunia. Dia amat mencintai kerjaya sebagai pengawal trafik udara, namun setiap yang bermula pasti kan bertemu pengakhirannya.
Selepas bersara nanti, Wan Muhaimin mahu mencuba sesuatu yang baharu. Katanya mahu membuka sebuah resort di Langkawi dan mungkin hal-hal lain berkaitan pelancongan.
Melihat pesawat terbang berlepas, terbang di udara dan mendarat di lapangan terbang cukup untuk mengubati kerinduannya nanti, dan pasti terngiang keriuhan di dalam bilik kawalan trafik udara yang sekian lama menjadi rumah keduanya.
“CAAM Langkawi team, back to you!”
Israr Khalid
Thu Mar 28 2019
Pengurus Kawalan Trafik Udara CAAM Langkawi, Wan Muhaimin Wan Jamil memantau setiap aktiviti di panel kawalan yang diambil alih pasukan TUDM apabila berlangsungnya pertunjukan udara LIMA'19. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Pasukan kawalan trafik udara CAAM Langkawi 'nyawa' LIMA'19
Setiap kali penganjuran LIMA, pasukan kawalan trafik udara adalah sebenarnya manusia yang paling sibuk di dunia.