PAT Bersatu 2018: Tun Mahathir tersasul lagi sebut UMNO

Isabelle Leong
Disember 30, 2018 12:27 MYT
Reaksi Dr Mahathir selepas tersasul menyebut UMNO ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018. -Astro AWANI
Tun Dr Mahathir Mohamad menggamatkan suasana di dalam dewan persidangan apabila tersasul menyebut UMNO ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2018 pada Ahad.
“Demikian juga dalam badan-badan yang lain yang ada seperti badan-badan sukan dan lain-lain.
“Ahli-ahli UMNO…,” kata-kata Dr Mahathir terhenti di situ apabila menyedari kesilapannya.
Beliau kemudian tersenyum sipu seraya meletakkan tangan pada songkok sambil tertawa kecil sebelum menyambung ucapannya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga perdana menteri itu sebelum ini pernah beberapa kali tersasul menyebut UMNO dalam beberapa majlis anjuran Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).
BACA: Tun M tersasul minta orang ramai jangan undi Pakatan Harapan
BACA: Tun M tersasul lagi, panggil calon di hadapannya calon BN
Dr Mahathir berkata beliau sebenarnya tidak tersalah sebut.
“Saya tidak salah. Ahli-ahli UMNO pergi musnahlah!" kata beliau disambut sorakan para hadirin.
#Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #PAT #Perdana Menteri #Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018 #UMNO