KUALA LUMPUR: Semangat penyatuan yang ditiupkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi azimat buat parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bekerja lebih keras dan memperkasakan peranan masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pemimpin MCA dan MIC yang hadir mendengar ucapan dasar Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini menyifatkan ucapan berkenaan yang sarat dengan pesanan dan hala tuju itu perlu dihayati semua parti dalam komponen BN.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, untuk berhadapan PRU15, pelbagai aspek boleh diperbaiki bagi memastikan gabungan berkenaan kembali menjadi pilihan rakyat selepas kejayaan yang ditempa pada dua Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
"Kemenangan pada PRN Melaka dan Johor telah memberi motivasi serta semangat kepada parti dan kami melihatnya (kemenangan) sebagai satu bentuk dorongan yang diberikan oleh rakyat kepada BN.
"Banyak lagi sebenarnya perkara yang kami boleh perbaiki untuk berhadapan dengan PRU15. Ini satu cabaran besar dan saya yakin semua parti perlu bekerja keras untuk mencapai kemenangan yang lebih besar berbanding pencapaian pada PRU14 sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini.
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan yang mewakili presiden ke perasmian perhimpunan itu berkata, penyatuan dalam kalangan ahli adalah kunci utama yang akan membawa kemenangan kepada BN dalam PRU15.
"Kami percaya penyatuan ini akan membawa perubahan yang baik sekali gus memperkasakan parti untuk beroleh kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Ucapan Dasar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kiri) pada PAU 2021 disifatkan pemimpin komponen Barisan Nasional sarat dengan pesanan dan hala tuju itu perlu dihayati semua parti dalam komponen itu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum ada mana-mana pihak isytihar bubar, keluar Muafakat Nasional - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, perbincangan di peringkat tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan status MN, juga masih belum diadakan setakat ini.
Kerajaan bekukan akaun bank suami gagal bayar nafkah
Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.
PAU2021: Dakwaan 'hanya tekan PM untuk bubar Parlimen' tidak tepat - Shamsul Anuar
Banyak perkara yang dibincangkan oleh pembahas dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) dan ia tidak hanya soal politik semata-mata.
PAU2021: Pemilihan UMNO ditangguh enam bulan selepas PRU - Mohamad Hasan
Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
PAU2021: Tiada perkara baharu, hanya sibuk 'tekan' PM bubar Parlimen - Penganalisis politik
Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ia dilihat tidak lain tidak bukan hanya lebih kepada memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen.
PAU2021: 'Top 5' UMNO akan duduk, bincang isu pembubaran Parlimen - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu pembubaran Parlimen akan dibincangkan bersama lima pemimpin tertinggi UMNO bagi mencari jalan terbaik sebelum memutuskanya.
PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.
PAU2021: Kerajaan tidak pernah lupa agenda Bumiputera - PM
Bajet 2022 adalah sebahagian daripada inisiatif yang telah diusahakan oleh kerajaan ketika ini dalam mencapai hasrat tersebut.
PAU2021: 'Saya orang parti, darah saya darah UMNO' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesetiaannya terhadap UMNO tidak pernah digugat oleh apa sahaja cabaran yang ditempuhinya ketika ini.
PAU2021: Hasrat bubar Parlimen akan dibincang dan diteliti - PM
Kenyataan tersebut menyusul dipenghujung ucapanya pada hari terakhir persidangan PAU2021 berlangsung.