KUALA LUMPUR: DAP digesa membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap UMNO sekiranya parti itu serius dalam menjalinkan kerjasama khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, DAP perlu membuktikan segala tohmahan yang pernah dilontarkan terhadap UMNO sebelum ini tidak mempunyai unsur perkauman apatah lagi DAP yang ketika ini turut serta dalam Kerajaan Perpaduan.
Tegasnya, usaha itu penting dalam memastikan DAP mampu melembutkan hati orang Melayu dan juga UMNO agar parti yang pernah bermusuhan itu boleh dipilih pada PRN akan datang.
“Saya mohon kepimpinan DAP kalau nak menempuh PRN mahu hati orang UMNO lembut, maka satu tuntutan maaf daripada DAP atas tohmahan kepada UMNO mesti dilakukan segera dan inilah cara kita.
"DAP perlu membuktikan segala tohmahan pemikiran, cakap-cakap DAP anti Melayu, anti Islam, racist communist centric, tidak sama sekali akan berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.
"Kena jujur, kenapa dengan GPS boleh buat, kenapa bukan dengan kita. Saya mohon kepimpinan DAP kalau nak menempuh PRN akan datang, mahu hati orang UMNO ini lembut, maka satu tuntutan maaf daripada DAP atas tohmahan yang telah diberikan kepada UMNO selama ini mesti dilakukan segera.
“Kalau betul-betul suci jalinkan tali persahabatan ini, kita mohon DAP tarik balik atas segala tohmahan yang diberikan kepada UMNO dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.
Dr Akmal yang juga merupakan ADUN Merlimau menegaskan, DAP wajar mendengar luahan hati akar umbi dan mengambil kira realiti yang pernah berlaku meskipun kedua-dua parti berkenaan kini bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan.
Meskipun kedua-dua parti berkenaan sedang menjalinkan kerjasama namun Dr Akmal berpendapat, wujud beberapa batasan yang perlu dihormati oleh DAP.
Pembentukan Kerajaan Perpaduan yang turut melibatkan DAP katanya adalah atas saranan dan titah Yang di-Pertuan Agong demi mewujudkan kestabilan politik.
“UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP, dan kita tidak pernah minta DAP menjadi UMNO dan kita nak tegaskan, Pemuda UMNO akan pastikan yang UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP.
“Ini sumpah dan ikrar Pemuda, kita takkan sesekali berkompromi. Hari ini, Pemuda UMNO ingin tegaskan kita bersama Kerajaan Perpaduan adalah atas faktor titah Agong untuk kestabilan negara.
"Kita bersama untuk membentuk kerajaan. Kita berkongsi ruang pentadbiran, tetapi bukan ruang fahaman. Kita rentas politik kepartian, tapi kita sempadankan prinsip perjuangan. Kalau ada yang berani melintas, Pemuda UMNO yang pertama akan datang mencantas,” tegasnya.
Hilmi Malik
Thu Jun 08 2023
Dr Akmal menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
[KOLUMNIS] UMNO mesti kekal relevan
PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) yang baru berakhir ini mungkin merupakan antara PAU yang paling penting dalam sejarah penubuhan UMNO.
PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.
PAU2023: 'Tiada isu Pemuda UMNO nak boikot Presiden' - Dr Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan sayap parti itu tidak sehaluan dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ekoran kelantangannya mengenai beberapa isu.
PAU2023: Kenal pasti calon lebih awal, UMNO dalam kedudukan kalah - Johari Abdul
UMNO perlu mengenal pasti calon bagi pilihan raya lebih awal bagi memastikan persiapan yang rapi dapat dilakukan.
PAU2023: UMNO jamin terus perjuang kebajikan pekerja gig - Ahmad Zahid
UMNO berjanji akan terus memperjuang kebajikan dan hak pekerja sektor ekonomi gig di seluruh negara.
'Saya tak masuk campur soal pengampunan Najib' - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak mencampuri urusan rayuan pengampunan suaminya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
PAU2023: Elak keretakan, tiada salahnya DAP mohon maaf kepada UMNO - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan tetap dengan pendirian mempertahankan tuntutan Pemuda UMNO supaya DAP memohon maaf secara terbuka kepada parti itu, dengan manyifatkan ia sebagai satu cadangan baik.
PAU2023: Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib
Ahmad Zahid kelihatan sebak dan berkata kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa perkara yang dikatakan tersebut adalah tulen.
PAU 2023: "Kita mahu keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak!" - Zahid Hamidi
Biarpun kelibatnya tiada, namun, nama Datuk Seri Najib Razak dan laungan "Bossku" tetap bergema di Dewan Merdeka.
PAU 2023: "Mana pergi RUU355?" - Zahid Hamidi
Presiden UMNO persoal pendirian segelintir pihak berhubung agenda Rang Undang-Undang 355 yang pernah dibangkitkan sebelum ini.