KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan pelantikan tiga timbalan perdana menteri (TPM) untuk Malaysia, sebagai agenda pertama Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63), selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kata Presidennya Datuk Seri Maximus Ongkili.
Sambil menyambut baik cadangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak) mengambarkan perkara itu sebagai sesuatu yang sepatutnya telah lama dilaksanakan.
Ongkili tegaskan bahawa PBS sebagai ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyokong penuh cadangan itu, dan menambah bahawa menjadikannya satu kenyataan merupakan selaras dengan peruntukan perlembagaan untuk memberikan Sabah dan Sarawak status yang sama dalam Persekutuan Malaysia.
"Ia akan mengambarkan Malaysia yang baharu. Ia akan menjadi satu langkah kehadapan yang besar untuk Persekutuan Malaysia, dan saya konfiden ia akan dipersetujui sepenuhnya oleh MKMA63," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid mencadangkan tiga jawatan TPM diwujudkan bagi mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, jika BN memenangi PRU15 dengan dominan.
Beliau berkata BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, supaya cadangan ini dimasukkan ke dalam manifesto BN dan GPS untuk PRU15.
Ongkili berkata perkara berkaitan pelantikan timbalan perdana menteri bagi Sabah dan Sarawak telah dibincangkan dalam MKMA63 berikutan permintaan orang ramai, khususnya rakyat Sabah dan Sarawak, agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan tersebut.
"Malah Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu sedang meneliti perkara tersebut dalam soal status sama rata untuk Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022
ONGKILI: Ia akan mengambarkan Malaysia yang baharu. Ia akan menjadi satu langkah kehadapan yang besar untuk Persekutuan Malaysia, dan saya konfiden ia akan dipersetujui sepenuhnya oleh MKMA6. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
PBS akan cadangkan tiga TPM sebagai agenda pertama MKMA63 selepas PRU15
Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan pelantikan tiga timbalan perdana menteri (TPM) untuk Malaysia, sebagai agenda pertama Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).
PBS kekal bersama GRS - Joniston
Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini menegaskan bahawa ia kekal dengan pendirian untuk bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai jalinan kerjasama pemimpin dan rakyat yang tulen di Sabah.
PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama
Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.
Pemilihan PBS pentas kenal pasti calon layak terajui parti tiga tahun akan datang
Pemilihan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dijadual berlangsung esok, bakal menjadi pentas bagi mengenal pasti calon paling layak menggantikan Presiden parti.
PRU15: PBS setia bersama GRS - Maximus Ongkili
PBS kekal setia dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam berdepan pilihan raya umum akan datang.
Warisan terbuka bekerjasama dengan PBS - Shafie Apdal
Kesediaan itu kerana Sabah memerlukan satu gabungan parti tempatan yang kuat di peringkat akar umbi.