KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS ) menyokong dan mengalu-alukan pengumuman dan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang kelmarin untuk memperkenal dan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat sekiranya mendapat sokongan rentas parti dalam undi percaya di Parlimen nanti.
Ketua Penerangan PBS, Datuk Julita Majungki berkata, RUU Anti Lompat merupakan perkara yang telah lama dibawa dan dicadangkan oleh PBS.
“Cadangan dan tindakan ini amat baik dan bertepatan sekali,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, beliau juga secara peribadi menyokong tindakan dan cadangan ini atas keyakinan bahawa ianya boleh membawa kestabilan politik di peringkat negeri dan persekutuan.
“PBS turut menyokong penuh cadangan dan langkah-langkah reformasi dalam pentadbiran yang akan dibuat sekiranya mendapat sokongan rentas parti undi dua pertiga di dewan rakyat dan dewan negara.
“Kebajikan dan kepentingan rakyat harus mendapat keutamaan,” tambah Julita yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri dan ADUN Matunggong.
RUU Anti Lompat merupakan antara tujuh perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya diluluskan.
Julita berkata, RUU ini adalah antara perkara terpenting yang harus disambut baik dan disokong sepenuhnya oleh semua Ahli Parlimen kerana impaknya bersifat kekal kepada kestabilan negara dan melindungi suara serta kehendak rakyat yang mengundi wakil rakyat mereka.
“Saya tidak hairan melihat reaksi parti-parti politik pembangkang dari Sabah yang menolak cadangan Perdana Menteri khususnya RUU Anti Lompat ini kerana mereka tidak dapat menyokong sesuatu yang merugikan mereka atau menghalang mereka untuk berkuasa dengan apa cara sekalipun,” katanya.
Astro Awani
Sat Aug 14 2021
RUU Anti Lompat merupakan antara tujuh perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya diluluskan. - Gambar fail/Sinar Harian
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
PBS akan cadangkan tiga TPM sebagai agenda pertama MKMA63 selepas PRU15
Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan pelantikan tiga timbalan perdana menteri (TPM) untuk Malaysia, sebagai agenda pertama Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).
PBS kekal bersama GRS - Joniston
Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini menegaskan bahawa ia kekal dengan pendirian untuk bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai jalinan kerjasama pemimpin dan rakyat yang tulen di Sabah.
PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama
Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.
Pemilihan PBS pentas kenal pasti calon layak terajui parti tiga tahun akan datang
Pemilihan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dijadual berlangsung esok, bakal menjadi pentas bagi mengenal pasti calon paling layak menggantikan Presiden parti.
PRU15: PBS setia bersama GRS - Maximus Ongkili
PBS kekal setia dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam berdepan pilihan raya umum akan datang.
Warisan terbuka bekerjasama dengan PBS - Shafie Apdal
Kesediaan itu kerana Sabah memerlukan satu gabungan parti tempatan yang kuat di peringkat akar umbi.