Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berharap mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok tidak mengambil keputusan untuk memecat Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selaku perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2015, Noor Azleen berhujah, UMNO tidak mampu untuk kehilangan anggota dan jentera di saat-saat getir ketika ini.
"Adakah UMNO mempunyai cukup masa untuk memulihkan krisis keyakinan dan defisit kepercayaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14?" soal pemuda berusia 30 tahun itu.
Beliau berpendapat, apa sahaja keputusan perlu mengimbangi antara kestabilan dalam parti dan sokongan rakyat kekal utuh terhadap parti terbesar orang Melayu itu.
"Ini bukan masanya untuk kehilangan Muhyiddin, MT diharap meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan," ujar Noor Azleen.
Tambahnya, ini bukan soal menentang atau menyokong tetapi mengambil pendirian yang berlandaskan kebijaksanaan dalam menguruskan krisis.
"Isu 1MDB, pelan rasionalisasi menyelesaikan hutang syarikat itu juga sedang berjalan dan kita beri ruang dan mengikuti rapat perkembangannya," katanya.
Noor Azleen yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Johor itu UMNO mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan tiada ruang untuk kumpulan serpihan dalam parti itu.
Zahid dilapor berkata demikian sebagai mengulas tindakan Muhyiddin yang mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Isnin.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan menghalang diri beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO merupakan tindakan yang tidak wajar.
Ashwad Ismail
Tue Dec 08 2015
NOOR AZLEEN: Ini bukan masanya untuk kehilangan Muhyiddin. - Foto Astro AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Pasca PRU15: Mesej MKT UMNO jelas, tak mahu kerjasama dengan PN - Johari
Ia merupakan mesej yang jelas bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PN untuk membentuk sebuah kerajaan.
Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan malam esok ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 30 Sept ini.
Biar MT UMNO putuskan mahu berunding atau tidak dengan Pas - Ismail Sabri
Sesiapa sahaja boleh beri pandangan, akhirnya dari segi keputusan parti, ia akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi, kata Ismail Sabri.
Kedudukan Ismail Sabri tidak tergugat dengan keputusan UMNO tidak teruskan MoU - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga kini Perdana Menteri masih terus mendapat sokongan daripada parti kerajaan campuran dan juga blok pembangkang.
Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa
Menurut Annuar, cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Keputusan MT beri kestabilan kepada UMNO untuk berdepan PRU15 - Penganalisis
Ia juga menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemimpin berkenaan.
Calonkan Ismail Sabri sebagai PM pada PRU15 beri kelebihan kepada UMNO - Annuar Musa
Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu kelebihan kepada parti.
MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
MT UMNO perlu segera adakan pemilihan - Peguam
Menurut seorang pegamal undang-undang, Rizal Abdullah dalam menjalankan fungsi sebagai caretaker, MT UMNO juga tidak boleh membuat sebarang keputusan yang mengubah dasar parti.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.