KUALA LUMPUR:Seorang pegawai stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertugas di Stesen Bandaraya, di sini, disahkan positif COVID-19 pada Khamis dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Rapid Rail dalam kenyataannya berkata staf berkenaan bertugas kali terakhir pada 19 Disember lepas dan tidak bekerja sejak tarikh berkenaan.
Jelas kenyataan itu, siasatan mendapati insiden berlaku di kawasan tertutup dan pegawai stesen berkenaan tidak mempunyai kontak dengan para penumpang ketika bertugas.
"Berikutan pengesahan itu, pihak pengurusan Rapid Rail yang menjadi operator perkhidmatan rangkaian-rangkaian LRT telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan tempat kerja staf itu pada malam berkenaan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Staf-staf lain yang mempunyai kontak rapat dengan pegawai stesen berkenaan turut diarahkan menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM," menurut kenyataan itu lagi.
Tambah Rapid Rail, pihaknya akan terus memantau dengan rapi perkembangan kes tersebut dan sentiasa bekerja rapat dengan pihak berkuasa khususnya KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, perkhidmatan tren-tren di semua laluan sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap hari semasa waktu puncak dan selepas operasi pada hari berkenaan.
Semua kakitangan juga katanya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka.
Justeru, Rapid Rail memberi memberi jaminan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam kendalian mereka adalah selamat.
Hasimi Muhamad
Sat Dec 26 2020
Seorang pegawai stesen LRT yang bertugas di Stesen Bandaraya disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh. -Gambar hiasan
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.