KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru pegawai syariah menghayati semangat 'Keluarga Malaysia' serta tanggungjawab bagi memastikan hukum syarak dilaksanakan dengan adil dan saksama dengan meletakkan standard yang tinggi dalam melaksanakan usaha keadilan Islam.
Ismail Sabri berkata walaupun mahkamah syariah di Malaysia mempunyai bidang kuasa yang eksklusif dan tersendiri di setiap negeri, namun ia bukan penghalang bagi institusi tersebut bergerak secara bersama atas semangat 'Keluarga Malaysia.'
"Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh pentadbiran saya meletakkan kepentingan masyarakat dan rakyat di tempat yang utama.
"Keluarga Malaysia akan saling bertolak ansur, menggalakkan persefahaman, bekerjasama untuk kebaikan, mengelakkan konflik yang merosakkan dan memfokus kepada persamaan matlamat," katanya ketika merasmikan Persidangan Kehakiman Syariah Antarabangsa 2021 (PKA 2021) secara rakaman video di sini hari ini.
Ismail Sabri juga mahu hakim syarie dan pegawai syariah negara ini mengamalkan sikap integriti yang tinggi dan sentiasa dalam keadaan tenang dalam membuat sesuatu keputusan atau melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
Perdana menteri berkata mereka juga perlu merapatkan saf dan bersama-sama dengan kepimpinan semasa dalam mencapai usaha memartabatkan sistem Kehakiman Syariah di negara ini.
"Sifat kebersamaan dan nilai musyawarah inilah merupakan tunjang bagi prinsip kekeluargaan yang saya hasratkan dan bersama-samalah untuk kita menzahirkannya di dalam Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah," katanya.
Ismail Sabri juga menyarankan agar Institusi kehakiman Syariah terus proaktif dalam meneroka norma perkhidmatan baru yang lebih efektif.
Ini termasuk memanfaatkan teknologi komunikasi jarak jauh dalam penyampaian perkhidmatan di mahkamah syariah selaras dengan situasi semasa negara berada dalam fasa pemulihan akibat penularan pandemik COVID-19, katanya.
PKA 2021 dianjurkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Persidangan dua hari itu diadakan secara maya bermula hari ini.
Peserta persidangan termasuk pegawai syariah seluruh Malaysia dan jemputan luar negara melibatkan Singapura, Palestin, Brunei, Indonesia, Maldives, Papua New Guinea, Australia,Yaman dan Qatar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021
Menurut Ismail Sabri, konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan pentadbiran beliau meletakkan kepentingan masyarakat dan rakyat di tempat yang utama. - fotoBERNAMA
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.