KUALA LUMPUR: Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masih mendakwa wang RM42 juta yang masuk ke dalam akaun bank anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi meskipun mahkamah membuat keputusan dan penilaian sebaliknya.
Shafee membuat dakwaan berkenaan ketika berucap kira-kira 20 minit pada Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dihadiri ketua-ketua bahagian dan cawangan parti itu.
Najib ketika fasa rayuan akhir berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC Internasional Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan pada 25 Julai membuat kejutan dengan memberhentikan khidmat Shafee dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya.
Shafee mendakwa Najib menerima wang itu dari perjanjian yang dibuat selepas Ahli Parlimen Pekan mengadakan pertemuan dengan Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan turut dihadiri dua menteri serta seorang duta.
Kenyataan beliau dilihat menyanggah keputusan Mahkamah Rayuan pada Disember tahun lalu bahawa tiada bukti langsung menunjukkan RM42 juta itu datangnya daripada atau mungkin datang daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International sekali gus menghantar bekas Presiden UMNO itu ke Penjara Kajang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 27 2022
Shafee membuat dakwaan berkenaan ketika berucap kira-kira 20 minit pada Taklimat Khas Presiden UMNO di WTCKL yang dihadiri ketua-ketua bahagian dan cawangan parti itu. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Pengampunan Najib: Shafee kekal kunci mulut
Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah kekal mengunci mulut sejak ura-ura mengenai pembebasan Najib, 71, diperkatakan Jumaat lalu.
Pengampunan diraja: Peguam Najib persoal maklumat diperoleh media asing
Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal bagaimana media antarabangsa boleh mendapatkan maklumat mengenai status petisyen pengampunan diraja bekas Perdana Menteri itu.
1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri esok
Keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dibebaskan atau dipanggil membela diri atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB ditentukan Jumaat.
Cukai pendapatan: LHDN bantah permohonan Shafee fail tuntutan balas
LHDN membantah permohonan Muhammad Shafee bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memfailkan tuntutan balas terhadap LHDN yang menuntut agar beliau membayar tunggakan cukai pendapatan.
Peguam Najib masih dakwa wang RM42 juta derma dari Arab Saudi
Shafee membuat dakwaan berkenaan ketika berucap kira-kira 20 minit pada Taklimat Khas Presiden UMNO di WTCKL.
Rayuan SRC Najib: Tak ada kenyataan media - Mohamed Shafee
Kelibat Mohamed Shafee itu dilihat memasuki pekarangan mahkamah sekitar jam 10 pagi sebelum memasuki kamar perbicaraan rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Slim Memilih: Kedai Pakya tutup sebab udang habis, bukan takut Papagomo datang
Pakya atau nama sebenarnya Shafee Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papagomo adalah bersifat fitnah.
Mahkamah Rayuan benar Shafee mencelah dalam kes rayuan Anwar
Mahkamah Rayuan membenarkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mencelah dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitannya bagi meliwat.
Tidak ada masalah untuk siarkan secara langsung prosiding kes Najib - Shafee
Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah tidak mempunyai masalah jika pemberita menyiarkan secara langsung kes Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi perlu telus.
Pengurusan kes Najib ditetapkan pada 31 Oktober kerana masalah dokumen
Hakim menetapkan tarikh demikian selepas peguambela Datuk Shafee Abdullah mendakwa tidak menerima dokumen 51A dalam bentuk cetak.