KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan peguam pemerhati bagi pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk hadir dalam prosiding perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas peguam mewakili Suhakam, Mardhiyyah Johari memaklumkan kepada mahkamah mengenai permohonan itu.
"Tiada masalah untuk pihak Suhakam melantik peguam pemerhati dalam kes itu namun diingatkan bahawa terdapat perbezaan antara pihak yang hadir selaku peguam pemerhati dengan pihak-pihak yang mempunyai locus standi dan peguam pemerhati perlu sentiasa menghormati prinsip itu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Hafizatul Ifa Ab Razak memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan 12 dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan dan terdapat beberapa dokumen lain akan diserahkan sebelum perbicaraan bermula.
Peguam M.Yalini yang mewakili Siti Bainun mengesahkan perkara itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac ini untuk pengurusan kes selanjutnya.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun tahun lepas.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes itu akan berlangsung selama 15 hari bermula 30 Mac ini dengan 34 saksi pendakwaan akan memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan. - Gambar fail/BERNAMA
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Hak kewarganegaraan: Berilah keadilan kepada kanak-kanak
Noor Aziah harap kerajaan menangguhkan perkara-perkara yang melibatkan anak angkat atau anak tidak sah taraf demi keadilan kanak-kanak tersebut.
Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792
Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi implementasi klausa berkaitan Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] secara menyeluruh.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Kertas Putih Kesihatan dibentang di Dewan Rakyat hari ini
Kertas Putih itu dijadual dikemukakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas berakhirnya sesi perbahasan dan penggulungan.
Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.
Langkah positif Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan berkanun bebas
Rahmat berkata, penubuhan suruhanjaya ini adalah langkah yang betul dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada CRC.
Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin
Fungsi jawatan Pesuruhjaya Kanak-Kanak ialah memastikan sebarang pencabulan hak kanak-kanak diambil tindakan segera.
Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar
Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suhakam berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menangani masalah penderaan dan sosial melibatkan kanak-kanak, kata Perdana Menteri.
JKM kendali 5,572 kes dera dan pengabaian kanak-kanak sehingga November 2022 - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM mengendalikan sebanyak 5,572 kes penderaan dan pengabaian melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak.