KUALA LUMPUR :Pejabat Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan menawarkan khidmat ujian saringan COVID-19 dengan kadar yang rendah buat penduduk di daerah itu.

Ujian saringan yang ditawarkan adalah ujian RTK-Antigen COVID-19.

"Ini merupakan salah satu ikhtiar bagi meringankan beban rakyat dan mencegah penularan wabak COVID-19.

"Inisiatif ini mendapat kerjasama Selgate Corporation Sdn Bhd dengan bayaran serendah RM30 sahaja," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebok Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, tarikh bagi khidmat ujian saringan akan dimaklumkan kemudian.

"Kelayakan bagi ujian ini khusus untuk penduduk di Port Dickson, lokasinya pula di Pejabat Daerah dan Tanah daerah itu," petik kenyataan sama.

Untuk maklumat lanjut, penduduk Port Dickson digalakkan untuk membuat pendaftaran menerusi pautan www.parlimenpd.com.

 
Sumber Facebook DSAIp132