Pejabat Parlimen Port Dickson tawar khidmat ujian saringan COVID-19 RM30 - Anwar

Nickyson Nyambar
Januari 30, 2021 10:37 MYT
Khidmat ujian saringan pada kadar yang rendah ini merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Pejabat Parlimen Port Dickson dalam meringankan beban penduduk daerah berkenaan, ujar Ahli Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Pejabat Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan menawarkan khidmat ujian saringan COVID-19 dengan kadar yang rendah buat penduduk di daerah itu.
Ujian saringan yang ditawarkan adalah ujian RTK-Antigen COVID-19.
"Ini merupakan salah satu ikhtiar bagi meringankan beban rakyat dan mencegah penularan wabak COVID-19.
"Inisiatif ini mendapat kerjasama Selgate Corporation Sdn Bhd dengan bayaran serendah RM30 sahaja," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebok Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, tarikh bagi khidmat ujian saringan akan dimaklumkan kemudian.
"Kelayakan bagi ujian ini khusus untuk penduduk di Port Dickson, lokasinya pula di Pejabat Daerah dan Tanah daerah itu," petik kenyataan sama.
Untuk maklumat lanjut, penduduk Port Dickson digalakkan untuk membuat pendaftaran menerusi pautan www.parlimenpd.com.
Sumber Facebook DSAIp132
#Datuk Seri Anwar Ibrahim #Ahli Parlimen Port Dickson #ujian saringan #COVID-19 #pandemik #Pejabat Parlimen Port Dickson