KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Menerusi kenyataan hari ini, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik memaklumkan pihaknya akan terus komited memastikan agenda Malaysia Madani serta penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan terus diperkasa.

Semalam beberapa portal berita melaporkan, seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik di PMO telah dipecat dengan notis 24 jam, didakwa berkait dengan isu prestasi.

-- BERNAMA