KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi gambaran tidak akan memberikan sokongan kepada kumpulan kleptokrat untuk membentuk kerajaan atau memilih calon Perdana Menteri.
Jelasnya, Pejuang akan kekal dengan prinsip parti untuk memerangi rasuah.
"Kami dari awal lagi kekal berprinsip dalam soal memerangi rasuah, jadi dalam hal itu kami akan bermasalah jika majoriti yang kami sokong itu mengandungi apa yang kami katakan kluster mahkamah.
"Itu pun salah satu faktor selain yang saya sebutkan tadi, itu prinsip kami," jelasnya ketika ditemu bual Buletin AWANI Khas di sini, pada Selasa.
Tambah Mukhriz, ketika ini Pejuang masih berunding dengan parti-parti politik lain dalam memberikan sokongan agar nama Perdana Menteri yang baharu dapat dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Rabu.
"Kami sedang berbincang dengan pihak lain, kita akan cuba mendapatkan seorang calon yang mempunyai majoriti... jadi hasil perbincangan itu belum dimuktamadkan dan saya rasa esok kita akan tahu.
"Saya harap majoriti yang hendak dicapai itu menjadi kenyataan," katanya lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA: Semua Ahli Parlimen diarah serah surat akuan calon PM kepada Agong sebelum 4 petang esok
BACA SEMUA BERHUBUNG POLITIK MALAYSIA DI SINI
Dalam pada itu, mengulas sama ada Pejuang akan memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), jelas Mukhriz, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
"Kami (Pejuang) bersedia bekerjasama dengan mereka (PN), itu bukan dapat kita elak untuk kita mencukupkan angka (majoriti) itu," jelasnya lagi.
Bagaimanapun tambah Mukhriz, Pejuang ketika ini lebih memberi tumpuan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam mendapatkan majoriti ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan.
"Kita harap bahawa pihak PH akan usahakan dan maklumkan kepada kami bahawa mereka sudah mempunyai jumlah mencukupi. Jadi kita akan jalan terus selepas itu.
"Kita terbuka kepada ketiga-tiganya (Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), tapi keutamaan kami tentu bersama PH. Jadi calon pertama dan kedua adalah yang kami beri tumpuan ketika ini," katanya lagi.
Fareez Azman
Tue Aug 17 2021
Mukhriz menegaskan parti itu berpegang kepada prinsip memerangi rasuah. - Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
[KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota
Maka, hari ini saya terpanggil untuk mengulas akan perihal ini memandangkan seolah-olah berlakunya situasi 'Rumah Siap, Pahat Berbunyi'.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.
Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar
Seorang lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari
Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas.
Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian
Hanya 27 peratus responden Melayu dan 32 peratus responden semua kaum berpuas hati dengan pentadbiran Anwar dalam menangani kedua-dua isu berkenaan.