LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang tidak terlibat dengan rasuah adalah sebagai langkah terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurutnya, keputusan Pejuang untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan parti itu memiliki banyak 'penyangak'.
Selain itu, keputusan menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) disebabkan ramai orang Melayu yang tidak menyukai parti komponen di dalamnya iaitu DAP.
Dalam pada itu, beliau berkata Pejuang juga tidak suka untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) disebabkan kebanyakan individu di dalamnya terutama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak ikhlas bekerja untuk negara.
"Kita ada sekarang ini gabungan BN, gabungan PH, tetapi kita nak bersama dengan mereka tidak boleh. Dengan BN adalah kerana terlalu banyak penyangak-penyangak di situ, manakala PH pula, orang Melayu tak suka dengan DAP.
"Apabila kita dengan PH, kita akan hilang sokongan daripada orang Melayu, jadi kita berpendapat bahawa eloklah kalau kita tidak menyertai PH atau pun BN.
"Untuk bersama dengan PN (pula sukar), parti (itu juga) dengan sendiri tak boleh (memerintah negara disebabkan) tak cukup orang (ahli Parlimen). Mereka tidak boleh, cakap saja, tetapi mereka asalnya Bersatu dan Bersatu ini pecah dua, enam ikut saya, enam ikut dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin),
"Jadi yang lain, semua masuk dengan Bersatu, adalah pasal dapat duit, dapat jadi menteri, dapat gaji besar, itu sebab utama mereka, bukan sebab ada minat nak berkhidmat untuk negara, (itu saya lihat) tiada (dalam diri mereka)," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha bot pelancong di Jeti Tanjung Rhu, Langkawi pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama Pejuang bersama NGO dan beberapa pihak lain akan membolehkan gabungan berkenaan bertanding di sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen pada PRU15 dan diterima majoriti rakyat Malaysia.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat jangkaan berlaku pertandingan empat penjuru dalam PRU15 dengan kemunculan satu lagi gagasan baharu diketuai Dr Mahathir.
Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata, Dr Mahathir telah mengumumkan penubuhan blok keempat sebagai gagasan baharu memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, keputusan akhir dan muktamad berhubung teka-teki beliau akan bertanding ataupun tidak hanya akan dibuat menjelang tarikh PRU15.
Abd Hadi Che Awang
Mon Jul 25 2022
Dr Mahathir berkata, keputusan Pejuang untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan parti itu memiliki banyak 'penyangak'.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.