KUALA LUMPUR: Sehari selepas UMNO menyatakan parti itu telah menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, giliran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pula mengesahkan perkara sama.
Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin pada Selasa memaklumkan, semua Ahli Parlimen parti itu telah menghantar surat akuan tersebut kepada Seri Paduka Baginda pada petang semalam (Isnin).
“Pejuang pun hantar (surat akuan) juga tapi hantar berasingan. Ia adalah surat akuan yang mengatakan kami tidak sokong Muhyiddin,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
BACA: Ahli Parlimen GPS sokong Kerajaan Perikatan Nasional - Alexander
Sementara itu, Ketua Wira Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman turut mengesahkan parti tersebut turut menghantar surat berkenaan.
“Warisan juga mengesahkan perkara ini, sudah ditandatangani (surat) dan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin yang mengulas mengenai laporan berita mengenai isu tersebut.
Pada Isnin, media melaporkan Ahli Parlimen pembangkang mengutus surat akuan kepada Al-Sultan Abdullah bagi menolak kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
BACA: 'Perang sokongan' ketika ini tidak akan beri kesan kepada kedudukan PM - Ronald Kiandee
UMNO pada Isnin turut mengesahkan dua warkah telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masing-masing bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos lalu.
Menerusi laporan portal UMNO Online, kedua-dua warkah tersebut ditandatangani Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Memetik surat bertarikh 30 Julai, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memaklumkan warkah tersebut diutuskan kepada Al-Sultan Abdullah bertujuan mempersembahkan Surat Akuan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang membuat perakuan menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jelas Ahmad Zahid lagi, pendirian itu seiring dengan keputusan UMNO yang diputuskan melalui resolusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 7 Julai lalu.
Astro Awani
Tue Aug 10 2021
Pejuang dan Warisan turut mengesahkan parti itu telah menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Pejuang diajak kembali sertai Bersatu atau pilih Pas
Ini kerana rakyat sudah muak dengan perpecahan parti Melayu sehingga menyebabkan wujudnya begitu banyak parti ditunjangi Melayu.
PRU15: Keputusan GTA bertanding di Terengganu bukan sekadar cuba nasib
GTA Terengganu menyasarkan kemenangan di beberapa Parlimen dengan mempertaruhkan lapan calon terdiri daripada golongan profesional dan usahawan.
Nazri alu-alukan Gerakan Tanah Air, yakin UMNO masih dekat di hati rakyat
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengalu-alukan penubuhan Gerakan Tanah Air yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.
PRN Johor: Pejuang umum manifesto tambahan
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengumumkan beberapa penambahan kepada manifesto 'Aspirasi Johor' parti itu jika menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) antaranya mencadangkan portfolio Pengu
PRN Johor: Pejuang lebih ikhlas perjuang nasib rakyat Johor - Abdul Aziz
Calon Pejuang, Abdul Aziz berkata, politik memerlukan kuasa dan sukarelawan, dan beliau yakin dapat mengimbangi kedua-duanya.
"Najib ada angan-angan tinggi, mahu dilepaskan untuk jadi PM" - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menempelak Datuk Seri Najib Razak, dan menyeru rakyat supaya tidak mempercayai kata-kata Ahli Parlimen Pekan itu
PRN Johor: Pejuang lancar lagu rasmi
Menggunakan konsep irama kontemporari dan moden, lirik lagu parti membariskan 22 ayat antara lain menyentuh hal mengenai konsep survival Melayu, demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
PRN Johor: Pejuang fokus menang kerusi sebanyak mungkin, calon MB kemudian - Mukhriz
Tiada keperluan untuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menamakan calon Menteri Besar bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
PRN Johor: Pejuang tidak berhasrat sertai khemah besar PH - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat masa ini tidak berhasrat untuk menyertai khemah besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.