RAUB: Dipukul, diikat sebelum kedai dibakar.
Itu detik ngeri yang terpaksa ditempuh seorang pekerja kedai runcit warga Indonesia dalam kejadian bermotifkan rompakan di Kedai Mara, Felda Tersang 1 di sini kira-kira jam 2 pagi tadi.
Pemilik kedai runcit, Ika Jalal, 38, berkata, pekerjanya Nur Hasanah, 42, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka akibat dipukul dengan besi oleh perompak yang memecah masuk ke kedainya.
Menurutnya, lebih menyayat hati apabila Nur Hasanah turut ditumbuk, dicampak ke dinding dan lantai, dijerut di leher serta tangan diikat dengan menggunakan pita pelekat.
"Ketika kejadian Nur Hasanah tidur di kedai manakala saya berada di Temerloh untuk menghantar barang sebelum jiran menghubungi saya bagi memaklumkan kejadian kebakaran terbabit.
"Saya bergegas pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat kedai runcit yang diusahakan sekian lama musnah terbakar selain pekerja mengalami kecederaan parah akibat dipukul," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Wanita melecur teruk dalam kebakaran kedai di Felda Tersang 1
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima maklumat berlaku kejadian kebakaran kedai runcit dan terdapat seorang wanita meminta bantuan dengan kecederaan di kepala serta muka.
"Mangsa mengatakan antara jam 1.00 hingga 2.00 pagi, terdapat seorang lelaki bertopeng memanjat bumbung dan masuk ke dalam kedai sebelum bertindak menyerangnya dengan menggunakan sebatang besi hingga menyebabkan kecederaan di kepala.
"Suspek kemudiannya melarikan wang tunai sebanyak RM1,700 yang berada di kaunter kedai dan dua utas gelang emas milik mangsa.
"Mangsa diikat di tangan menggunakan pita pelekat dan melihat suspek bertindak membakar kedai. Mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan," katanya.
Beliau berkata, pihak polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 394/435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merompak hingga mendatangkan cedera dan khianat dengan api.
Sementara itu, Ketua Zon 3 Bomba Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, sebaik menerima panggilan sepasukan 15 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan BBP Sungai Koyan bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadam kebakaran.
"Setiba di lokasi kebakaran, kita mendapati terdapat dua buah kedai musnah terbakar.
"Anggota bomba berusaha memadamkan api dengan menggunakan dua aliran hos dan satu aliran salur air tangki pam jentera bagi mengelak api dari merebak ke deretan kedai yang lain," katanya.
Beliau berkata, api dapat dikawal dalam tempoh 15 minit dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Norfarhiza Mohd Atar
Sat Jul 23 2022
Nur Hasanah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka akibat dipukul dengan besi oleh perompak yang memecah masuk ke kedainya. - Foto Astro AWANI
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Tiga suspek disambung reman, kes larikan barang kemas RM1.4 juta
Reman semua suspek berusia antara 20 hingga 50 tahun selama tujuh hari sebelum ini telah tamat pada Isnin.
Lelaki curi 1,500 keping kad Pokemon dicekup polis
Masaki Omori mengaku melakukan perbuatan tersebut atas arahan daripada seorang individu yang dikenali di Twitter.
Video lelaki disamun di stesen kereta api berlaku di Brazil, bukan Segambut
Hasil semakan mendapati video itu adalah insiden yang berlaku di Brazil sebelum ini.
7 maut dalam kes tembakan antara polis dan suspek perompak di Brazil
Menurut pegawai polis yang pergi ke alamat itu, sekurang-kurangnya 12 orang dipercayai berkumpul untuk melakukan rompakan.
Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.
Lebih 400 sekolah mohon khidmat pengiring ambil wang BAP di bank
Polis Perak menerima lebih 400 permohonan daripada sekolah untuk mendapatkan pengawal pengiring bagi mengambil wang bantuan awal persekolahan (BAP) di bank.
Wang bantuan persekolahan RM109,000 hilang sekelip mata dicuri
Kejadian berlaku sewaktu pengetua sekolah berkenaan singgah ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
20 anggota tentera disiasat bagi kes rompakan berkumpulan di Pulau Siamil, Semporna
20 anggota tentera telah disiasat bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan berkumpulan di daerah Semporna dua bulan lalu.
Rakan ditahan, rompak wang, barang kemas RM76,000 milik pelayan restoran
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia semalam, yang disyaki terlibat dalam satu kes rompakan di sebuah rumah kedai di Taman Saujana, Puchong.
Tiada kejadian rompakan di Genting Highlands - Polis
Polis mengesahkan tiada kejadian rompakan di Genting Highlands, Bentong seperti yang tular di media sosial, hari ini.