NATIONAL
Pelajar Tingkatan 2 cedera jatuh bumbung selepas hisap vape di sekolah

Pelajar terbabit dipercayai mahu turun ke tingkat bawah melalui bumbung sebelum terjatuh. - Gambar/ PDRM
KANGAR: Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera selepas terjatuh dari bumbung sekolahnya di sini, dipercayai akibat khayal selepas menghisap vape.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera ringan selepas terjatuh dari bumbung sekolah, dipercayai akibat khayal selepas menghisap vape dalam kelas.
- Pelajar tersebut menunjukkan tingkah laku tidak terkawal selepas jatuh, menyebabkan sekolah memanggil polis yang kemudian membawanya ke Klinik Kesihatan Kangar. Ujian saringan dadah menunjukkan keputusan negatif, dan pelajar kini dalam keadaan stabil.
- Pihak sekolah bersama Jabatan Pendidikan Perlis sedang menyiasat insiden ini, termasuk mencari sumber vape dan mengambil tindakan susulan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) untuk menangani kes tersebut.
“Dia kemudian turun dari tingkat satu bangunan melalui bumbung, namun akibat rasa khayal maka dia terjatuh ke tanah dan mengalami luka ringan di kakinya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Katanya, selepas terjatuh, pelajar berkenaan dilihat menjadi tidak terkawal dengan meracau sehingga memaksa pentadbiran sekolah menghubungi polis.
“Polis membawa pelajar berkenaan ke Klinik Kesihatan Kangar untuk pemeriksaan selanjutnya di mana dia diuji untuk saringan dadah namun keputusan ujian air kencingnya negatif.
“Pelajar itu kemudian dibawa pulang oleh warisnya dan dia kini sudah berada dalam keadaan stabil dan waras,” katanya.
Rose Aza berkata, sehubungan itu pihaknya bersama sekolah berkenaan sedang bekerjasama dengan polis menyiasat perkara berkenaan.
“Di pihak jabatan, kita sudah arahkan sekolah menerusi guru disiplin itu untuk menyiasat serta mencari pembekal vape itu serta melakukan susulan terhadap ujian air kencing pelajar berkenaan sebelum menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami