SHAH ALAM: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Persiaran Jubli Perak, dari arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 8.05 pagi itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal ibunya, jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan ke sekolah.

"Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sekyen 24 Shah Alam itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mayat mangsa katanya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Mohd Iqbal menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.