Pelakon veteran Abu Bakar Juah meninggal dunia

Fareez Azman
Ogos 15, 2020 12:01 MYT
Abu Bakar meninggal dunia di kediamannya di Cheras pada petang Sabtu. -Gambar Astro AWANI
Pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, yang dilaporkan tenat sebelum ini meninggal dunia di kediamannya di Cheras petang tadi.
Berita itu disahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu entri di laman Facebook rasminya.
Difahamkan Allahyarham yang menghidap kanser hati menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.35 petang.
Sumber Facebook malaysiafinas
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai kira kira jam 10 pagi Ahad.
Pelakon filem Dukun itu menderita penyakit kanser hati sejak 2016.
Beliau bagaimanapun disahkan bebas kanser usus tahap empat selepas menjalani 12 sesi rawatan kimoterapi sebelum dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Allahyarham meninggalkan balu Rusidah Mohd Yassin dan empat anak.
Drama terakhir yang dibintanginya adalah Mr Grey pada tahun 2018.
#Abu Bakar Juah #drama #filem #Filem Dukun #Kanser hati #meninggal dunia #Mr Grey #pelakon veteran