Masih terdapat ruang untuk menambahbaik perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Dari segi dasar, memang kami (Pemuda Umno) menyokong, namun perlaksanaannya boleh ditambah baik," kata Khairy.

Tambah beliau, Pemuda Umno akan mengadakan satu hari terbuka untuk mendapatkan maklumbalas daripada orang ramai berhubung sebarang permasalahan berkenaan perlaksanaan GST.

"Maklumbalas ini akan dikumpul dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

"Ini merupakan sumbangan Pemuda Umno bagi membantu menambahbaik perlaksanaan GST," kata Khairy.

Setakat ini, tiada tarikh dan tempat yang ditentukan tetapi Khairy berkata ia akan dibuat sebelum Ramadhan tiba.