SHAH ALAM: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan yang berkuat kuasa hari ini adalah keputusan terbaik buat masa ini bagi membendung penularan jangkitan COVID-19, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata bagaimanapun, pelaksanaan PKP itu harus dilihat semula dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi terkini pandemik tersebut.
"Saya percaya ini adalah keputusan terbaik ketika ini namun pada masa akan datang, kita akan lihat balik kalau esok lusa kes masih lagi meningkat.
"Sekiranya tidak ada solusi maka kita boleh kenakan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya tapi persediaan perlu dibuat dari sekarang," katanya kepada media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini.
"Kita bukan nak tolak (perintah kawalan pergerakan sepenuhnya), kita sudah jelaskan situasinya kerana kalau kita mahu buat sekarang, lebih baik kita bersedia, kalau tidak akan ada orang yang terselamat daripada COVID-19 tapi ada juga yang akan mati kelaparan, atau tidak mendapat bekalan makanan secukupnya.
"Sebab itu, saya rasa Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil kira cadangan kita dan pandangan kita mengenai perintah kawalan pergerakan ini," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan PKP selama dua minggu di Selangor bermula 6 Mei lepas telah menunjukkan penurunan kes dari beberapa kluster.
"Semalam baru dua minggu kita melaksanakan PKP 3.0 dan kita nak tengok kesannya lagi dua minggu (6 Jun) iaitu bagaimana PKP 3.0 ini dilaksanakan, adakah kita berjaya menunjukkan pengurangan.
"Jadi datanya menunjukkan ada pengurangan kes dari sekolah dan institutsi pendidikan, sudah tentu kerana kita tutup operasinya dan kita tengok kes-kes di tempat kerja ada pengurangan walaupun masih tinggi berbanding dua ke tiga minggu lepas sebab kita sudah kurangkan orang di tempat kerja," katanya.
Justeru, Amirudin yakin langkah kerajaan mewajibkan kehadiran hanya 20 peratus petugas bagi sektor awam dan 60 peratus bagi sektor swasta semasa pelaksanaan PKP 3.0 diperketatkan akan mampu mengurangkan lagi kadar jangkitan.
Beliau turut meminta Majlis Keselamatan Negara membantu orang ramai yang terpaksa membatalkan janji temu bagi mendapatkan vaksin selepas dikesan positif COVID-19.
"Kita mahu mereka dibantu kerana selepas dikesan positif COVID-19, mereka akan ada sela masa tiga hingga enam bulan untuk tidak sewajarnya menerima vaksin, oleh itu, (mereka) harus dibantu untuk disusun semula jadual mereka agar tidak ada sesiapa yang terlepas daripada menerima vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021
Amirudin berkata, pelaksanaan PKP itu harus dilihat semula dari semasa ke semasa. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.