KUALA LUMPUR: Sekiranya kerajaan bercadang untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), ia perlu dilakukan secara bersasar agar tidak membebani rakyat yang kini berdepan dengan kenaikan inflasi.
Demikian menurut bekas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Subromaniam Tholasy yang turut berpandangan GST perlu diasingkan.
Beliau berkata GST yang dikenakan pada kadar enam peratus sebelum ia dimansuhkan seharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar lima peratus dan cukai perkhidmatan pula sebanyak tujuh peratus.
"Kerajaan perlu melihat semula barangan cukai sifar, di mana ia perlu dihadkan kepada barangan asas sahaja," katanya dalam program 'Malaysia Petang Ini' terbitan Bernama TV semalam.
Beliau berkata ini kerana sekiranya kadar cukai ditetapkan terlalu rendah sehingga empat peratus, ia hanya akan menyumbang kepada pendapatan neutral, manakala kadar lebih tinggi dapat meningkatkan pendapatan negara, pasaran saham serta kewangan negara.
"Secara langsung ini akan memberi impak kepada kekuatan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat," katanya.
Subromaniam berkata sebelum pelaksanaan semula GST diputuskan, kerajaan perlu mempertimbangkan faktor masa yang sesuai, kekukuhan ringgit, dasar awam yang dilaksanakan di bawah kementerian-kementerian serta pengawalan inflasi.
"Tidak dinafikan pelaksanaan GST sebelum ini, pada 2015, mempunyai beberapa kelemahan seperti pengurangan subsidi, rasionalisasi kadar tarif elektrik dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yang menyebabkan Indeks Harga Pengguna meningkat.
"Indeks Harga Pengguna sekarang ini naik tetapi ia tidak diterjemahkan dalam bentuk hasil yang lebih tinggi kepada kerajaan kerana impak SST hanya sampai peringkat import dan perkilangan sahaja untuk barang berbanding dengan GST yang memberi impak sehingga ke peringkat peruncitan," katanya.
Subromaniam juga mencadangkan kerajaan tidak meletakkan nilai ambang yang terlalu rendah seperti sebelum ini pada kadar RM500,000 supaya perniagaan kecil tidak terangkum dalam pelaksanaan GST ini.
"Mungkin kita boleh lihat nilai ambang yang lebih sesuai RM1 juta hingga RM2 juta supaya tidak membebani perniagaan seperti kedai runcit biasa," katanya.
Beliau berkata GST merupakan satu sistem percukaian yang sangat efisien, telus, adil serta mesra perniagaan dan ia mampu meningkatkan ekonomi negara selain mendorong daya saing lebih tinggi bagi eksport negara.
"Justeru, GST sudah tentu akan menstabilkan harga barangan pada jangka panjang nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Subromaniam berkata GST merupakan satu sistem percukaian yang sangat efisien, telus, adil serta mesra perniagaan dan mampu meningkatkan ekonomi negara. - Gambar fail/REUTERS
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.
Kadar cukai perkhidmatan 8% tingkatkan dana kerajaan tetapi mungkin naikkan kos pengguna - Firma Cukai
Impak segera kepada perniagaan ialah peningkatan kos menjalankan perniagaan, kata Sim.