MALAYSIA
Pelan Tindakan AI 2026-2030 perkukuh tadbir urus teknologi

Gobind Singh Deo (tengah) beramah mesra bersama peserta ketika melawat reruai pameran selepas merasmikan program Pertandingan AI Kebangsaan 2025 di Sunway University di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu. - Gambar/ Bernama
SUBANG JAYA: Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) 2026–2030 yang akan diperkenalkan tahun ini dijangka mengukuhkan lagi panduan berkaitan penggunaan AI di Malaysia.
Ringkasan AI
- Pelan Tindakan Teknologi AI 20262030 akan diperkenalkan tahun ini sebagai kesinambungan kepada Pelan Hala Tuju AI 20212025 dan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI Negara, bagi memperkukuh penggunaan AI secara beretika dan selamat di Malaysia.
- Pelan ini bertujuan memperluas kerjasama antara kerajaan, industri, akademik dan masyarakat, serta meningkatkan penggunaan AI dalam sektor utama dan melahirkan tenaga mahir dalam ekosistem AI negara.
- Kerajaan turut merancang memperkenalkan mekanisme tadbir urus AI menjelang pertengahan tahun depan bagi memastikan keselamatan penggunaan teknologi ini dapat dipantau secara berkesan.
Pelan Tindakan AI 2026–2030 juga merupakan kesinambungan kepada Pelan Hala Tuju AI 2021–2025, dan akan menjadi pemangkin kepada kerjasama antara kerajaan, industri, institusi akademik dan masyarakat.
Ia dengan matlamat memperluas perkongsian ilmu, mempertingkat penggunaan AI dalam sektor utama serta melahirkan tenaga mahir yang mampan dalam ekosistem AI negara.
Gobind turut memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang meneliti langkah-langkah untuk memperkukuh tadbir urus AI bagi memastikan penggunaan teknologi ini dilakukan secara selamat.
“Kami sedang meneliti aspek tadbir urus AI dan berharap dapat memperkenalkan satu mekanisme pada pertengahan tahun depan bagi memastikan keselamatan dalam penggunaan AI dapat dipantau,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami