GUA MUSANG: Kira-kira 20 pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Kampung Kala Baru, di sini, nyaris maut apabila kedai itu terbakar hari ini.
Pemilik kedai, Asmah Muhammad, 37, berkata kebakaran pada 12.30 tengah hari itu berlaku apabila bahagian dapur kedai terbabit dihempap pokok setinggi 20 meter lalu mencetuskan kebakaran.
Asmah berkata sebelum kejadian, dia telah meminta bantuan daripada seorang penduduk kampung untuk menebang pokok berusia lebih 30 tahun itu.
"Api mula marak dari bahagian dapur dengan begitu cepat dan saya tidak sempat menyelamatkan barang perniagaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Asmah bersyukur kerana pelanggannya tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiga motosikal yang diletakkan berhampiran kedai itu sempat dialihkan ke tempat selamat.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 12.39 tengah hari dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.20 tengah hari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Kejadian berlaku apabila bahagian dapur kedai terbabit dihempap pokok setinggi 20 meter lalu mencetuskan kebakaran. - Gambar/ Info Banjir Negeri Kelantan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
Pelanggan nyaris maut kedai makan dihempap pokok, terbakar
Kira-kira 20 pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Kampung Kala Baru, di sini, nyaris maut apabila kedai itu terbakar hari ini.