Pelantikan badan bukan kerajaan (NGO) selaku pemerhati tempatan pada Pilihan Raya Umum ke-13 dapat menangkis dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan langkah itu amat bijak dan sekali gus dapat melancarkan perjalanan proses demokratik di negara ini.

SPR sebelum ini mengumumkan pelantikan 15 NGO tempatan bagi memantau perjalanan PRU ke-13 di seluruh negara.

Inisiatif kali pertama SPR itu juga bertujuan menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa pilihan raya di negara ini adalah telus.

Antara NGO yang telibat adalah Majlis Belia Malaysia (MBM), Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS), Merdeka Centre dan Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia.